Sunday, June 21, 2009

-crushed-

" Eh? Nak pegi mana?"
"Ada jalan baru...tembus depan rumah Pak Ngah," kata Ayah Tam.
"Sejak bila dah tukar? Bagus jugak, takde lah lepas ni nak gaduh-gaduh lagi dengan imam miang tu" aku berkata sendirian dalam hati sambil melihat fenomena yang janggal itu. Aku memang dah lama tak berkenan dengan orang tua nyanyuk tu.

Lama aku tak menjenguk kampung sejak mula semester awal tahun. Yelah, dah jarang-jarang dapat balik rumah. Kalau balik pon,aku kena tinggal sorang-sorang kat rumah sebab dorang seme balik tak ajak aku,haha...At least boleh aku lepaskan rindu balik ni. Skang ni dah start musim, dan aku telah dikerahkan oleh ketua general untuk meng'escort' puan-puan besar yang mengidam manggis,rambutan dan sebagainya. Ape bole buat...

Sesampainye disana, sekali lagi aku dikejutkan dengan jambatan asal...ok...aku tak dapat bayangkan tahap mane banjir bulan lepas yang hampir menghanyutkan pokok cempedak kat sawah...patutla abah cakap dah macam padang pasir. Yang mengejutkan aku ialah, jambatan konkrit ber'beam'kan "I" beam boleh hanyut! Yang tinggal tadi hanyalah kepingan-kepingan lantai jambatan dan beberapa 'rebar' yang berceracak-ceracak. Subhanallah~selama 24 tahun aku menyaksikan sejarah dikampung ni, setakat nilah yang paling dasyat...

Bukan takleh nak solve,tapi biaselah orang kampung...tanah dia jangan diusik. Yang jadi mangsa, hulu sungai...aku pergi menjenguk ke arah hilir air terjun, dan lebih memeranjatkan lagi...akibat perbuatan manusia yang kurang ilmu...ikut suka abah dia je nak korek...kesian Nek Misah...

nampak balak belah kanan tu?Haa,kat situlah yang tebing asal!

Aliran yang asal dah tak dipakai...dahulunya situlah lubuk ikan, sangat cantik dan kini dah jadi terang benderang, bunyi-bunyian uggas dah hilang ntah kemana...hmmm...kecewa. Sangat mengecewakan...=( Namun apekan daya, aku tak punya pengaruh dan kuasa. Kalau aku boleh tendang orang tu nyanyuk tu....heyyyy....

Orang tua tu? Hahaha...kalau nak tahu cerita bukakla dalam friendster blog aku tajuk -rude-. Malas nak citer banyak-banyak pasal orang tua tu. Bukan femes pon. Whatever it is, as a bloodline of 'Bakaras', I'll protect my heritage from these bandits. Yeah, they all bandits. I hate them...Tak pernah aku rasa marah sebegini rupa kat orang lain. Dan tak pernah aku benci semacam ni kat orang lain. Orang tua, ilmu agama beza dekat setengah abad dari aku, but I can't take it anymore. Ape nak jadi,jadilah...

..................................................................................

mr_bread says: Ah...bila aku nak siapkan portfolio nih? Esok nak pegi antar...resume lagi???Aaaaaa~~~

No comments: