Saturday, September 25, 2010

-Footer-




'Footer' arrived this(or yesterday?) morning.
For a test drive from day till now,
here's some of the best result.
Enjoy!


-Bird Hunt-

Everyday 'he' drinks here. Tak caye? Come to my office :)

I don't know...I'd love it.

-Panning-

there's a lot to learn =.="

this boy is watching his friends playing 'bola beracun'

-Moon Hunt-

actual size

after crop to 100%



Wednesday, September 15, 2010

-rewinded-





"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Seandainya telah engkau catatkan Dia milikku, tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ke tepian yang sejahtera dan abadi. Maka jodohkanlah kami. Tetapi ya Allah, Seandainya telah engkau takdirkan...Dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandangan ku. Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti, Berikanlah aku kekuatan menolak bayangannya jauh ke dada langit dan hilang bersama senja yang merah agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya. Ya Allah yang tercinta, pasrahkanlah aku dengan takdirMu. Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. Ya Allah... Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah engkau biarkan aku bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah. Ya Allah, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.
Amin.
Ya rabbal 'aalamiin".





Tuesday, September 7, 2010

-postcard-







Saturday, September 4, 2010

-rewind-



'...eh? Hari ni Khamis ke Jumaat?' sambil melihat kalendar,jam serta hari, aku menarik nafas panjang. 'Laa'ilaha'illallahhh...kalau Khamis buat apela aku buang tebiat pakai baju opis...' getus hatiku diam-diam. Itulah dia tekanan dunia. Selama 6 tahun berkecimpung dalam dunia ni, aku tak pernah nak rasa menyesal, serik atau putus asa lagi. Bermakna jalan yang aku tempuh ni memang dah ditetapkan sejak azali lagila kot. Well, bila imbas kembali ke zaman sebelum aku 'matang' dalam bidang ni, segalanya yang aku rancang & impikan dah jadi terbalik. Dari kehidupan normal jadi tak normal, nak hidup biasa-biasa(play safe) dah jadi adventurous, nak rileks2 dah jadi sibuk, nak keje 'gomen' tup-tup minat private... Everything's just end up upside down, hahahaa...


...Tambah-tambah lagi bila bulan puasa. Dah dua kali aku tinggalkan zaman puasa time belajar. Seronok. Banyak benda best berlaku kalau nak bandingkan zaman bekerja ni(aku rasela..). Puasa time kerja...ah,tahun ni aku banyak pulak tido. Pergh, memang tak lalu langsung, dahla takde geng. Lainla tahun lepas 'kutu-kutu' melekat lagi. Lani 'kutu-kutu' semua dah sambung belajar balik. Takpe, lepas ni aku pulak sambung ikut korang ye. Haih, tak banyak nak sembang kisah tahun ni. Aku repeat jelah kisah2 zaman sekolah senibina kat shah alam dulu. Nak cerita zaman kat perak rasanya macam bukak pekung je. So, enjoy! By the way, aku nak ucapkan Salam Aidilfitri 1431 Hijrah dan Maaf Zahir dan Batin pada semua. Halalkan makan minum, minta ampun segala dosa kot-kot aku ada buat korang sakit ati ke, terdengki, terkeluar kata-kata kurang enak, minta ampun banyak2 eh...peace~



Saturday, August 22, 2009

-tinta ramadhan-

Setahun berlalu, dan ia kembali lagi...sang Ramadhan mengimbau kembali detik2 pahit manes ketika di alam persekolahan. Wah,sangat merindui zaman2 dahulu kala. Zaman dimana kami bergelumang dengan beban2 kerja sekolah yang seperti documentation majlis2 yang berlambak kena siapkan sebelum submission...haihhh. Ketika ini aku mengimbau kenangan2 di studio yaitu sarang kesayangan aku ketika di studiodesign07...

...Pada pagi itu, semua bersiap2 utk bersahur. Semua kanak2 yg bermastautin di studio sedang enak menjamu selera. Semuanya berjemaah. Yang paling semangat skali Shah...tak lupe juga 'bini' dia si Fit sama bibik mereka, Sarah. Ketika itu aku selalu bersama2 Epoi dan Zawet, tu pon kalu Epoi datang studio...kadang2 makan nasik, kadang2 makan roti...makan megi? Tu dah biase...paling busuk pon bancuh nescafe,tu pon pow nescafe Shah. Thanks Shah!Ya, peristiwa yang pasti akan menjadi sejarah manes dalam hidup aku sebab....sebab ape eh?aku pon xtau...ahhh,yang penting aku rasa sangat menghargai detik2 ketika berada disini...

Hari2 siangnya berlalu seperti biasa, cuma ketika diwaktu petang aku selalu menjadi lemau akibat mengantuk...namun bila tiba waktu petang aku cuba untuk mengeraskan diri dengan membuat kerja2 sekolah. Maklumla, belom final submission lagi. Seingat aku pada ketika itu design07 maseh dalam process crit session, baru je lepas planning stage kalu tak silap.

Pukul 0630, aku rasa sudah tiba waktu sesuai utk aku menyiapkan diri utk berjalan2 disekitar medan tumpuan org ramai-baazar ramadhan. Bermacam2 tempat aku pernah pegi...pasar malam seksyen7, seksyen2, seksyen3, pkns, padang jawa, belakang plaza masalam pon ade....xsilap akula. Aku jarang beli makan berat2...slalunya aku beli murtabak je...yang best jalan2 kat baazar ni sebab boleh cuci mata tengok juadah(erk...eheh~) berbuka...wow!macam2 kaler dan macam2 fashion(ah...hehehe). Ape? Amende korang pikir? Ish3...xbaek pikir yang bukan2. Tak baik.... :D Haaa, kat mane tadi? Haha...ade sekali tu aku hampir2 terjatuh ketika keluar ke bazaar...ketika memasuki simpang di seksyen2, keadaan jalan kurang memuaskan dan aku bernaseb baek sebab kaki aku cukup kuat untuk menahan tujahan motosikal aku...kejang jugakla kaki...oleh kerana gagal untuk berjalan dengan sempurna ketika itu, aku hanya mampu membeli air kotak sama roti krim berharga RM0.50 sekadar utk berbuka...alhamdulillah, satu lagi situasi yang tak mungkin aku lalui semula...berbuka di tepi divider menghadap Kolej Meranti(suatu ketika dulu aku menetap disitu)...seronok...memerhatikan gelagat penjual dan sisa2 pelanggan disitu pada ketika ramai umat berbuka dirumah bersama2 keluarga dan sahabat handai tersayang...

Tak lupa juga kenangan ketika berbuka bersama2 rakan2 seperjuangan di rumah sewa mereka...oleh kerana aku jarang2 melepak diluar,skali skala aku akan singgah dirumah mereka utk memenuhi jemputan. Lalu kami keluar membeli-belah di bazaar yang terdekat. Ya, keluar bersama-sama geng Chef dan Wawa...makcik2 yang sangat bising seperti murai. Namun aku sangat enjoy bersama mereka...mereka berjaya memeriahkan suasana dimana2 majlis sekalipun. Nice to have friends like you all folks =)...

Haa...waktu berbuka dah lepas....tiba waktu utk teraweh. Alhamdulillah, ketika itu ada sukarelawan utk menjadi imam teraweh di surau fakulti...yang diketuai oleh Sofi, budak studiodesign08. Hari pertama aku berteraweh di Pusat Islam...sekali itu sahaja kerana situasi tubuh gagal utk bertahan kerana lenguh dan mengantuk, hehee...Pusat Islam baca satu juzuk kot...walaupon aku hanya buat lapan rakaat, tapi naseb baikla Sopi sudi menjadi imam. hehe...tahun ni aku xsure ah sape yang akan mengepalai teraweh memandangkan studio lani dah kekurangan penghuni...cuma satu je yang buat aku kecewa...erm....abaikanlah...cume bila ada peluang tu segerakanlah sebelum terlambat.

Perghhh...aku ingat lagi, mase teraweh tu adela beberapa kali aku akan merasa sangat mengantuk. Aku tak tahulah kenapa, mungkin kerana imam bace sayu gile kot. Balik teraweh naseb baek ade moreh...hehee. Ade sedikit kueh dan minuman...selalunya aku ngan Dewa selalu lepak...mase tu baru aku perasan rupa2nya ada jugak makmum muslimah. Selama ni tak perasan,hehee...Agak2nya, kalau pihak pengurusan fakulti tahu ada jemaah kat surau fakulti dia boleh agak tak ape yang sebenarnya yang berlaku di fakulti...? Fikir2kanlah...

Begitulah keadaan sehari2 selama bulan ramadhan di studio. Aku berasa bersyukur kerana aku berpeluang merasakan suasana kehidupan di studio. Seronok...sangat seronok...sahur same2....buke same2...ah~~~rindu gile beb! Pada kawan2 yang maseh dan baru menyambung sekolah tu, selamat berpuasa dan nikmatilah pengalaman ini sebaik2nya...hehehe. Tak lupa juga yang berada di rumah sewa, haha....jaga2 sikit jangan sampai rumah korang di'cop' sebagai 'port' ok? Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG PENUH KEBERKATAN dan SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA...wassalam...


mr_bread says: ah...rindu murtabak campur dgn pohpiah...dan juga air tauhu =)


Wednesday, September 1, 2010

-path-






'Impian' vs. 'Tanggungjawab'





...haih...