Thursday, November 26, 2009

-bughunt [episode03][finale]-

161109:1227hrs
Sector 07: AI-Curldie Mummarques Camp


"...will you revive
from the chaos in my mind
where we still are bound together
will you be there
waiting by the gates of dawn
when I close my eyes forever..."


Hah! Berangan je! sergah agent Triple-A. Apehal ar ko ni Mino, bagila salam dulu,maen sergah je. Naseb baek aku tak tujah ko ngan Triban tadi, Bigi beristighfar berkali-kali akibat tergezut dengan sergahan agent Triple-A sebentar tadi. Kolonel T-Boat mana? Tak sampai lagi? sambil Bigi mengubah aturan pada Triban, Ntah, kejap lagi sampai kot. Sape yang kau kata nak jumpa tu Mino? Setahu aku ahli-ahli majlis tertinggi takda kat sini? Yang ada pon semua kutu-kutu undercover je. Pelik aku... Pandangan Bigi tetap pada skrin setting Triban. Adelah, nanti kau tengoklah. Mungkin 'orang besar' tu datang bersama Kolonel T-Boat, agent Triple-A memerhatikan keadaan sekeliling kalau-kalau ada pengintip yang memerhatikan pertemuan mereka. Mereka berbincang tentang strategi pada keesokan harinya kerana esok adalah penentu segala dan juga hari terakhir Bigi di sana dimana selepas ini Bigi mesti menyempurnakan misinya. Jika tidak, pangkatnya akan diturunkan semula oleh ahli-ahli majlis tertinggi. Bigi sudah mula merasakan kerisauan dek berbagai-bagai kemungkinan misinya akan gagal. Terlalu banyak risiko. Suspek terlalu licik. Barangkali suspek sudah mula bergerak, barangkali juga suspek sedang bersiap-sedia,Bigi pon tidak tahu. Penerangan dari agent Triple-A sungguh mendebarkan hatinya. Bigi mendengar kata-kata agent Triple-A dengan penuh perhatian, tidak mahu mengambil sebarang tidakan bodoh ketika menjalankan misi esok.

Kedengaran jentera iZS-2 Kolonel T-Boat dari jauh, dan akhirnya... Left.Muda Nanimlooz??? Ya Allahhhh...kau ada disini??? Bigi sungguh tidak menyangka bahawa Left.Muda Nanimlooz berjaya menyelamatkan diri dari perang di sebelah pantai timur. Ape kabor mung? Hehehe...mung dop tahu ke aku selamat? sengih Left.Muda Nanimlooz sambil berjabat tangan dengan Bigi. Sumpah aku tak tahu, selamat juga kau, Bigi sedikit terubat ketika berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan dahulu. Gelak tawa yang berpunca dari kelucuan Left.Muda Nanimlooz sedikit sebanyak membuatkan kerisauan di hati Bigi hilang sementara untuk malam itu. Bigi adalah seorang yang pemalu dan periang. Dia tidak suka menunjukkan diri dikhalayak ramai walhal itulah yang masyarakat nampak dalam dirinya. Gelak tawa Bigi menggegarkan kem AI-Curldie Mummarques hinggakan unit-unit lain menggelengkan kepala. Triban dapat melihat kerisauan yang ditutupi oleh kegembiraan Bigi...Aku tahu...

161109:1047hrs
Sector 07: Base Camp

Bigi sudah bersiap sedia di perkarangan kem tempat tinggal para pejuang, menantikan ketibaan Left. Muda Beej Al-Beejireen dan Left. Muda Joode dengan kenderaan perisai mereka. Mereka bertiga menuju ke satu tempat untuk berbincang tentang misi pada pagi itu dimana hari ini merupakan hari terakhir Bigi dalam menyempurnakan misi beliau. Kebetulan pula Left. Muda Joode turut serta kerana dia dan juga Left. Muda Beej Al-Beejireen adalah rakan sekerja dalam melaksanakan misi rundingan damai dibahagian Dzone-008(R). Mereka juga adalah kenalan lama Bigi yang sama-sama melaksanakan misi Dzone-008 dahulu, cuma nasib mereka tidak sebaik Bigi yang berjaya melepasi misi tersebut. Cuma nasib Bigi tidak baik kerana dahulu Bigi telah menangguhkan misi Desert Storm-392 yang gagal akibat kegagalan beliau dalam menyempurnakan misi serampang dua mata melibatkan dua lokasi yang berlainan.

Kau dapat berkomunikasi dengan suspect belum? ujar Left. Muda Beej Al-Beejireen sambil menghirup nescafe o ais beliau. Cubelah, aku dah dapat comfirmation dari pegawai,dia kata kalau masuk hari terakhir kau boleh pancing dia dari sarang. Left. Muda Joode menganggukkan kepala. Aku paham, tapi ini misi kau. Kalau kau tak bertindak sekarang, nanti suspect akan bertindak ke lokasi lain. lebih baik kau cepat, Left. Muda Joode memberi saranan sambil membelek-belek bagasi beliau untuk mengeluarkan alat GPS beliau. Aku tahu, tapi aku masih belum bersedia. Nanti aku comfirmkan balik dengan agent TripleA, Bigi menekan-nekan punat Nox-6030 beliau untuk menghantar mesej kepada agent TripleA. Mesej dibalas...pengesahan diterima dan misi mengumpan dibenarkan. Bigi berdebar-debar...Tenang Bigi, kalau ada apa-apa hal berlaku, aku dengan Left. Muda Joode akan beri bantuan,okey? Bigi tersenyum tawar...

161109:1827hrs
Sector 01: UPSF Base

Bigi hanya memerhatikan Left. Muda Beej Al-Beejireen dan Left. Muda Joode membuat persiapan untuk rundingan damai esok di sebuah bilik mesyuarat tersembunyi di bangunan Blok-C UPSF Base. Left. Muda Beej Al-Beejireen hanya mampu menggelengkan kepala melihat rakan seperjuangannya dilanda kejatuhan. Misi Bigi gagal. Bigi sudah mendapat intuisi bahawa misinya ini tidak semudah yang dijangkakan. Cuma Bigi agak terkilan kerana beliau tidak mampu untuk menggagahkan diri bila berhadapan dengan kegagalan kali ini. Kenapa? Bukan sekali dua aku gagal namun kali ini aku merasa sangat down? Apakah aku tidak membuat persiapan berdepan dengan kegagalan? Bigi menoleh ke arah Triban. Kenapa Triban? Kenapa aku sangat lemah? Bigi hanya mengeluh. Triban amat memahami perasaan Bigi. Namun Triban tidak mampu berbuat apa-apa selain menenangkan jiwa Bigi yang sedang dilanda keributan.


Imbas kembali:
161109:1137hrs
Sector 07: AI-Curldie Mummarques Camp

Beej! Aku dapat respons dari suspect! Bigi ternyata gembira kerana suspect masih tidak tahu tentang keberadaannya di sini. Left. Muda Beej Al-Beejireen dan Left. Muda Joode hanya tersenyum melihat Bigi. Terserlah kegembiraan pada raut wajah Bigi. Nampaknya misi kali ini akan berjaya Beej...aku akan sentiasa kemaskini tentang misi ini pada kau berdua ok? Bigi berjaya mendapat maklumbalas dari suspect. Kali ini Bigi amat berhati-hati dalam mengumpan suspect keluar dari sarang supaya misinya berjalan dengan sukses. Namun apakan daya, panas tidak sampai ke petang, didalam keheningan renyai-renyai ketika Bigi menantikan kedatangan Left. Muda Beej Al-Beejireen dan Left. Muda Joode untuk ke UPSF Base petang tadi, Bigi mendapat berita buruk. Suspect telah menukar laluannya. Bigi merasakan seluruh badannya lemah tidak berdaya sehinggakan Left. Muda Beej Al-Beejireen terpaksa memapah Bigi ke dalam kenderaan perisai untuk menuju ke UPSF Base. Keadaan menjadi huru-hara kerana secara kebetulan Sang Awang sedang menyerang perkarangan tempat persembunyian mereka. Pandangan Bigi beransur-ansur kabur...


Bigi! Jom kita isi perut dulu. Rasa-rasanya Sang Awang dah menghilangkan diri ni. Kita ke Base Ulee-Mayee ok? Atau kau nak teruskan juga misi kau walau tanpa suspect? Left. Muda Beej Al-Beejireen menyapa dari belakang. Tak apa Beej, aku sudah menghantar agent TripleA untuk menyiasat. Back-up plan, Bigi tersenyum menyembunyikan keresahan didalam hatinya. Mereka bertiga menuju ke destinasi yang ditetapkan. Kini Bigi hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan...

161109:1827hrs
Sector 07: Base Ulee-Mayee

Aku tak jadi pergi, Beej. Bigi membuat kenyataan. Left. Muda Beej Al-Beejireen sudah menyangka akan perkara tersebut. Tak apalah, aku faham. Biar aku dan Left. Muda Joode sahaja yang melaksanakannya. Bigi merasa serba-salah kerana membatalkannya disaat-saat akhir. Bukan tidak mahu, tetapi Bigi sudah ditetapkan oleh ahli majlis tertinggi dari Batalion N-34 untuk melaksanakan tugas-tugas didalam kem sahaja setelah mendapat berita akan kegagalan misi tersebut. Mereka telah menjatuhkan denda terhadap kegagalan Bigi. Nasib baik hanya denda, itupun kerana mereka terhutang budi pada Bigi yang mana sudah beratus-ratus misi yang lebih besar telah disempurnakannya tanpa prejudis. Dengan itu, Bigi terpaksa pulang ke base-camp N-34 dengan segera memandangkan cuaca telah pulih seperti biasa malam itu. Mereka bertiga berbual untuk kali terakhir sebelum membawa diri ke haluan masing-masing...

161109:2217hrs
El-Dipi: Somewhere KM.047

Aswad dan Triban tidak berani mengeluarkan suara. Bigi hanya diam sahaja sepanjang perjalanan. Gadget Nox-6030 bergetar, tanda mesej diterima. Suspect? Mengapa? oh, ada lagi. Agent TripleA? Bigi tersenyum sendirian. Aswad dan Triban menoleh sesama sendiri...lalu tersenyum dan...

YAHOOOO~MISI KITA TIDAK GAGAL SEPENUHNYA!!!! BERJAYAAA!!!!

. . . a b e s . . .

No comments: