151109:1427hrs
Sector 02:Col-Mer
Bigi termenung sendirian, memerhatikan keadaan sekeliling. Melihat karenah penduduk disekitar kompleks perniagaan yang hampir musnah tetapi maseh bernyawa akibat serangan Sang Awang beberapa jam yang lalu. Penduduk disini sangat tabah, walau apapun yang melanda mereka tetap bangun. Inilah semangat yang Bigi inginkan utk setiap penduduk dimuka bumi ini. Bigi singgah sebentar disebuah stokis menjual bahan-bahan mentah dalam pembuatan dadah peransang untuk membeli simpanan ubat peransang buatnya. Stoknya hampir habis dikerjakan oleh pejuang-pejuang yang sengkek akibat daripada kemelut ekonomi yang melanda mereka. Bigi bernasib baik kerana mempunyai sedikit simpanan yang diselit-selitkan dicelah dokumen perjalanan beliau sebagai 'backup'. Kebelakangan ini, kerajaan lindungan UPSF telah memonopolikan harga barangan ubat peransang ini kerana mereka takut akan kejatuhan sistem monarki mereka. Ekonomi para pejuang serta puak-puak berkasta rendah ini juga turut disekat. Bigi hanya menggeleng kepala bila berita di kaca televisyen terlalu mengagung-agungkan 'anjing-anjing kerajaan'.
Tri, dah agak lewat ni. Aku nak singgah kat kawasan Sir-jeet. Tapi macam biasa, kau menyamar jadi kain pelekat ok? Pengawal-pengawal disitu tak benarkan aku bawak masuk puak-puak kau. Kita berlagak seperti pelancong asing. Ok? Bereh boh! Triban menunjukkan isyarat 'bagus'.
151109:1457hrs
Sector 14: Sir-Jeet 5544 Building
Perlahan-lahan Bigi menyusup bagai pelancong dari Dhaka yang sangat jakun lagaknya. Selepas selesai menunaikan kewajipan disitu, Bigi termenung sebentar. Triban pula dari tadi sudah terlelap. Tak guna punya budak, kata Bigi dalam hati. Fikirannya kembali melayang...Masih tidak dapat menumpu sepenuhnya kepada misinya yang sebenar...
Sang Awang kembali menjelma, seraya mengejutkan Bigi dari lamunan. Petanda buruk yang bakal berlaku sebentar lagi. Triban sudah menggigil ketakutan, dek sergahan Sang Awang yang kelaparan. Bigi sudah sedia maklum, kalau Triban dah macam ayam berak kapur tu nak tuggu apalagi, Bigi segera memberi isyarat pada Aswad dari jauh. Aswad yang sedang leka mengayat El-Cee disebelahnya, tergezut bagai nak rak dah dengan menggelabah beliau pantas menuju kearah Bigi. Hamboih, kat sini pon ko jadi je wad? Miang betuy, Bigi menaikkan keningnya tanda perli. Err...aaa...mane ade. Saya sedang mengumpulkan maklumat tentang kawasan ni je, leret sengeh Aswad menunjukkan giginya yang rongak akibat perlanggaran pada masa silam. Yelah tu, macam aku tak tahu. Dah-dah, jom gerak. Sang Awang dah mula 'amuk' kat Sector 12 tu, tak lama lagi masak kita nanti...
151109:1617hrs
Sector 07:AC3-029
Bigi mengambil kesempatan itu untuk menyelenggara Triban dan juga Aswad. Penelitian harus diutamakan kepada Triban kerana beliau sungguh fragile. Mengada-ngada. Kelihatan Left. Muda Beej Al-Beejireen sedang khusyuk menyiapkan kertas-kertas kerja untuk rundingan damai pada keesokan harinya. Bigi sudah mulai bosan. Belum boleh lagi untuk Bigi memulakan checkpoint seterusnya kerana 'suspect' utama masih belum muncul. Juga tiada laporan dari ejen Triple-A...Hendak membantu para pejuang ni Bigi tidak betah, kerana kelengkapan perkakasan di kem tersebut sangat terhad. Tiada alatan yang mencukupi, semuanya serba kekurangan. Bigi hanya mampu melihat dari tepi...lama-kelamaan Bigi terlelap, dibuai tiupan angin monsoon Fed-heway...
151109:1937hrs
Sector 07:AC3-029
Bangun2! Nak pegi makan tak? soal Left. Muda Beej Al-Beejireen sambil di'nasik-tambah'kan Koperal(B) Song-eip. Bigi bingkas bangkit dari tempat pembaringan dan menuju ke bilik persalinan. Sempat lagi Bigi menyumpah seranah 'bagpack' beliau kerana tidak terdapat tuala(padahal dia yang lupa). Terpaksalah Bigi bersiap-siap hanya dengan menggunakan kain pelikat yang dibawa...
Selepas bersiap-sedia ala-ala penjual karipap jalanan, Bigi serta pejuang-pejuang tegar menyusup ke arah baratdaya dimana terdapat sebuah kantin askar terbiar yang juga merupakan pusat konvensyen pakar-pakar sedunia bawah tanah.
151109:2247hrs
Sector 14:Unkwown
Kapten! Bigi menoleh. Boleh saya tanyakan sesuatu...? Triban menunduk-malu. Gapow dio? Bigi kehairanan. Erm...bila...Kapt' nak pasangkan...'artificial legs' pada saya? Triban berasa bersalah kerana bertanya tidak kena pada tempatnya. Bigi tersenyum tawar. Aku tahu...memang aku dah bercadang untuk 'upgrade' performance kau. Optic, hoods, spotlight, protector, semua dalam rancangan. Tapi mungkin ambil masa sikit untuk saintis kita mengkaji kaedah yang dapat mengoptimumkan prestasi kau, ok? Bigi mengusap-usap Triban. Triban tersenyum girang. Mari Kapten, latihan intensif! Mereka berhenti diatas sebuah 'flyover' yang menghubungkan Sector24-Sector14. Situasi pada malam itu sungguh tenang, hanya terdengar jeritan enjin kereta-kereta kebal musuh yang khusyuk membelah laluan kearah barat negara itu. Tidak banyak aktiviti tinjauan dilakukan sepanjang malam itu, sekadar di laluan utama dan juga disekitar padang tembak berdekatan dengan tugu tenggiling yang telah terbengkalai.
Zzzztttt...Zzzzztttt...Zzzztttt...!!!
Sape pulak paging aku ni? Ah? Ejen TripleA? Bigi meneliti setiap code rahsia yang disampaikan.
" SSK42KS KSK 33JJB UII2NFF 933N3 "
Bigi mencapai pen dan kertas yang sentiasa tersisip didalam pouchbag beliau untuk menyah-kodkan mesej dari ejen TripleA. Ada meeting tergempar dengan ahli jawatankuasa PTD. Ada orang besar nak berjumpa kita...
aku nak pi keje dah ni...sambung nanti...
Sector 02:Col-Mer
"...and anytime you feel the pain, hey joo, refrain,
don't carry the world upon your shoulders.
for well you know that it's a fool who plays it cool
by making his world a little colder..."

No comments:
Post a Comment