Tuesday, November 17, 2009

-bughunt [episode01]-

141109:1411hrs
SML-03:P-eP KM37.64

"...running away from the storm

catch some cold,a little bit cough,rough bus driver,
slick road,buying time...

...just for a little bug...

and what he got

just another day
but don't ever quit mate

failure doesn't meant lose
don't stop trying

because you're not a quitter..."



Lagu yang sering berkumandang ketika Bigi bertungkus-lumus mengejar masa untuk sampai ke destinasi. Matilaa aku, sapa dirinya dalam hati. Sempat ke tak ni Kapten? sampuk Triban, terkonyong-konyong dalam seat bucket depan. I don't know,its too unpredictable. Sekejap-sekejap Bigi melihat ke dada langit...uishhhh~parah ni Triban,parah...kalu Aswad tak kayuh lagi laju xsempat ni. Kau ok x Aswad? Boleh lari lagi laju tak? Aswad yang termengah-mengah menjanakuasa pesawat tanpa menghiraukan kepenatan yang menyimbah dirinya. Boleh Kapt', saya larat lagi ni...Aswad...kaulah teman yang setia sejak aku mengambilmu sebagai hambaku. Kau sungguh taat. Takpa wad, sampai sana nanti aku bagi bonus kat ko. Aku tahu kau boleh buat punya, sambil Bigi mengusap-usap kepala Aswad yang hitam legam dek kehangusan membelah mentari saban hari. Sebentar tadi Bigi dan Triban singgah sebentar di Taman Botani untuk memburu mangsa-mangsa terbaru. Sedang mereka leka membaham mangsa,tanpa disedari Sang Awang sedang berusaha menakluk kawasan jajahan Putrajaya-Puchong-Shah Alam, demmet!

Vrrrmmmmmm!!!!!!!!!!!! Aswad pantas membelah lalulintas kekiri dan kekanan, memotong ape saje jentera yang menghalang laluan beliau. Pantang ade celah, pasti akan diciloknya...sebab itulah Bigi begitu sayangkan beliau walaupun Aswad terpaksa berhenti berteduh jika beliau sering kesemputan atau Bigi gagal membuka mata dek kelajuan kayuhannya. Bigi melihat Triban, yang tabah sabar membongkokkan diri didalam seat bucket. Triban yang sangat allergic dengan air, lebih-lebih lagi hujan. Ya...aku telah lama menyedarinya, sebelum aku bertemu beliau lagi. Aku tahu penyakitmu itu, namun begitu kau tetap setia menemaniku kemana jua, malah sanggup berdepan dengan maut demi aku. Hampir-hampir Bigi menitiskan butir-butir mutiara ketika mengenangkan betapa setianya pengikutnya. Akan tetapi Bigi menyembunyikan semuanya dek 'misi' yang belum selesai. Bigi tetap tabahkan semangat.

141109:1617hrs
Sector 20:P-eSA KM15.84

'Sector 20! Sector 20! Alert! Alert!' amaran dari alat GPS Aswad menyala berkelip-kelip. Itu tandanya Bigi hampir-hampir sampai ke destinasi yang dituju. Akhirnya...hampir sampai ke kawasan Sector 1...Ya, aku hampir menyempurnakan misi. Sebentar lagi kita akan sampai ke tempat yang penuh dengan gelombang-gelombang pemusnah. Aku harus lebih berhati-hati, bisik Bigi kepada Aswad dan Triban. Bagi Bigi, Aswad tidak ada masalah berdepan dengan senjata-senjata pemusnah tersebut kerana Aswad telah berpengalaman menghadapi musuh-musuh tersebut. Namun tidak bagi Triban, ini adalah kemunculannya pertama kali secara rasmi berdepan dengan pihak musuh dimana sebelum ini Triban hanya pernah sekali dibawa kemedan perang secara senyap-senyap atau dalam latihan semata-mata. Bigi sangat-sangat berharap bahawa penembak tepatnya itu dapat melaksanakan tugas dengan sempurna tanpa dipengaruhi oleh peluru-peluru berpandu musuh yang sangat tepat dan beracun. Bigiiiiiiii!!!!!! Bahaya!!!!!!

' Skreeeettttcccchhhhh!!!!!!!'

Huhhhh!huuuhhhh!!!huhhhh.....Bigi mengeluh panjang. Hampir saja Bigi melanggar periuk api lalu gagal mengawal pesawat yang dijana oleh kuasa Aswad kerana kelekaan beliau menyusun strategi. Fokus Bigi! Kita dah hampir sampai! Tenang! Aswad memberi kata-kata semangat pada Bigi. Aswad tahu, Bigi sangat takut menghadapi situasi kali ini kerana misi kali ini adalah misi serampang tiga mata. Bigi sedang memikirkan misi 'dalam selimut' dimana jika beliau tersilap langkah, kemungkinan besar hidup Bigi akan terus diselubungi oleh Sang Awang sepanjang masa. Aswad hanya merenung panjang pada Bigi. Sang Awang yang dari tadinya mengekori mereka bertiga, kini telah lama menukar haluan ke arah utara menjauhi mereka....

141109:1647hrs
Sector 01:BG-201

Bigi dan Triban menyusup masuk ke sebuah lorong untuk melepaskan penat selepas menyembunyikan Aswad di sebuah tempat yang selamat. Sambil matanya meliar, Bigi mengeluarkan Triban untuk memastikan bahawa kawasan itu selamat untuk diselidiki. Clear, suspect utama tiada ditempat kejadian. Bigi berjalan perlahan-lahan ke sebuah kem lama dimana pejuang-pejuang sepertinya masih berkampung disitu. Kebanyakan pejuang-pejuang maseh selamat,dan mereka hampir menyelesaikan misi penting mereka. Bigi mengintai kearah satu daerah yang dikenal pasti dengan menggunakan Triban, ya...disitulah 'misi utama' yang perlu disiasat sebelum Bigi proceed ke misi seterusnya. Banyak betul misi ko ye Bigi? Penat dah aku menaip ni.

Bigi membelek-belek alat telekomunikasi tahan gegar dan tahan airnya. Lalu beliau memutar tombol frekuensi gelombang untuk berkomunikasi dengan pengintipnya didalam daerah berbahaya tersebut...

*Khhzzztttt*Bravo 0!Bravo 0!Bagaimana keadaan disana?Adakah Subject berada disitu?Over!*Khhzzzzttttt*
*Khhhzzzzztttt*Amino 7!Amino 7! Subject sudah tidak kelihatan selama beberapa hari kebelakangan ini, mungkin ia berada di sarang untuk berhibernasi,over!*Khhzzzttttt*
*Khhhzzzzttt* Respons diterima. Berkumpul disana,over & out!*Khhzzzztttt*

Bigi mengeluh...tidak mengapa, maseh ada beberapa hari lagi untuk Bigi selesaikan misinya. Mereka berdua bergerak ke tempat persembunyian penyiasat mereka di tingkat bawah tanah. Perlahan-lahan mereka menyusup masuk...

(Eh?Bob?
Oii encik roti,jom sapkok lu...lama gila tak nampak kau walaupon selalunya memang orang takkan nampak ko,hahahhaa~ Kurang hajar...jom2...)

Bigi mengatur pertemuan dengan ejen TripleA a.k.a. Agent Amino Acid. Segala laporan dibuat selama beberapa jam sehingga beranjak ke waktu malam. Dikesempatan itu ejen TripleA berkenalan dengan Triban, pembantu peribadi Bigi. Oleh kerana kepenatan, Bigi terlelap dia atas kelengkapan beliau. Kasihan Kapt',sanggup dia bertungkus-lumus kesini semata-mata...Triban tidak sanggup untuk meneruskan lagi. Aku tahu...ejen TripleA menyahut. Tapi tidak mengapa, kita sama-sama bantu Kapt' dalam usaha beliau. Aku kenal benar dengan 'misi utama' dia, ejen TripleA memberi kata semangat kepada Triban yang nyata masih mentah setahun jagung dalam mengenali Bigi. Bila menginjak malam, Bigi tersedar dari lelap lalu terus bersiap-siap ke kem seterusnya untuk bertemu dengan sarjan-sarjan dari batalion seterusnya.

141109:2037hrs
Sector 07:AC3-029

Bigi bertemu dengan sarjan-sarjan dari batalionnya sebelum ini, dimana sahabat seangkatannya sedang sibuk bersiap-sedia menghadapi rundingan damai diantara pihak kerajaan UPSF dalam membebaskan taraf kewarganegaraan mereka. Bigi amat memahami situasi yang sedang dilalui oleh mereka. Oleh kerana itu Bigi hanya mampu untuk memantau keadaan sekeliling dengan bantuan dari Aswad dan Triban sahaja. Lama juga mereka mengambil masa untuk berbincang, maklumlah lama tak jumpa. Bermacam-macam kisah perang suka duka yang dilalui oleh mereka. Bigi juga sudah lama tidak mendapat berita dari mereka oleh kerana keputusan komunikasi akibat dari serangan kerajaan terhadap satelit P-001WMX mereka.

Lama juga Bigi termenung memerhatikan Triban. Kepalanya melayang pada misi yang bakal mereka hadapi kemudian. Fikirannya serabut, sekejap memandang dinding,sekejap mengusap Triban, skejap mengiring ke kanan, sekejap mengiring ke kiri. Resah hatinya tertumpu pada 'subject' yang bakal beliau hadapi. Bigi menjadi tak tentu arah. Betul ke tindakan aku ni? Tetapi aku tak mampu menepis permintaan ahli majlis tertinggi. Jika tidak pangkat serta darjat aku akan dihenyak. Maruahku tercalar. Aku sudah nekad. Aku sendiri yang membuat keputusan. Mengapa aku hendak menarik diri setelah sejauh ini aku melibatkan diri. Bigi memandang Triban...teringat pada Aswad dibawah...Mereka berdua telah banyak berjasa. Aku tak boleh mengalah! Aku mesti kuat! Aku mesti...

Hoi! Berangan ke? sergah Left. Muda Beej Al-Beejireen. Beliau yang Bigi sangkakan sedang khusyuk menyusun strategi rupa-rupanya sedang memerhatikannya dari jauh. Rilekla, aku paham. Tapi kau jangan risaula, nanti aku hantar bantuan perisik untuk memudahkan kerja kau ok? Cool man~ Ya, cool ar sangat. Bigi menyambar Triban lalu dibawa ke lapang sasar untuk menjalankan latihan intensif. Cuaca di luar sepoi-sepoi language membuatkan Bigi sedikit terhibur dengan panorama di sekitar. Triban hanya tersenyum, riang melihatkan ketuanya senyum sendirian. Aku tahu...bisik Triban dalam hati.




bersambungla pulak...



No comments: