Sunday, April 4, 2010

-satu dan kosong [episode 01]-

" Tolong plot A1 size with
scale submission go ventures
esok lepas tu
hantar photostate kat
kedai haji duit minta kat
en namron "

...Terbaik. Sedang Bigi berangan-angan menjadi 'Carlos' dalam cerita "Mandatori", watak tersebut hilang berkecai ibarat butiran-butiran pasir diterbangkan angin lalu meninggalkan jasad tatkala dia habis membaca pesanan tersebut. Secara spontan terbayang program-program hujung minggu ini berkecai...Secara tidak sedar Bigi melepaskan keluhan berat, seberat-berat hati ini ingin melaksanakan tugas secara terpaksa. Jauh disudut hati ini membuang segala anasir-anasir jahat hasutan syaitan...Berusaha mengikhlaskan diri...

" Bigi mesti siap hari ni ok,
yg photostate tu

copkan opis copy.

Semoga berjaya"

...Satu lagi keluhan berat dilepaskan secara tidak rela. Tidak. Jangan biarkan diri disakiti oleh pemikiran-pemikiran negatif. Kelak akan membutakan hati. Bigi meneruskan tugasan seperti yang dilakukan sebelumnya, mencetakkan lukisan berskala 'submission'. Sementara menunggu sehelai demi sehelai lukisan dicetak, Bigi mula terasa bosan. Perutnya telah lama menunggu pinta di isi, namun seleranya terbantut dek kekecewaan masih membelenggu fikiran beliau. Lalu di biarkan mesin pencetak(plotter) menjalankan tugas seperti biasa, Bigi menuruni anak tangga menuju ke kedai runcit untuk mengalas perut. Tiada apa yang mampu membangkitkan selera selain dari kekacang dan juga jajan. ' Jadilahhhh...boleh buat kunyah-kunyah' gumam Bigi seorang diri...

" Truutt-truuuutttt.....

Truutt-truuuutttt.....

Truutt-truuuutttt.....

Truutt-truu...Halo? "


...Bigi mengerutkan kening. Kusut fikirannya apabila mendapat jemputan makan tengahari dari sahabatnya yang jauh. Bukan bermaksud jemputan itu mengganggu, tetapi situasinya sekarang tersepit. Mindanya berpusing-pusing bagaimana ingin memenuhi pelawaan tetamu dari jauh itu sedangkan dia sedang bekerja. Akhirnya dia mendapat satu jalan penyelesaian. Dan jemputan tersebut harus dihadiri kerana beliau tidak sanggup melukakan hati tetamunya. Selepas memutuskan talian, Bigi sekali lagi mengerutkan kening sambil mengurut-urut kepala yang tidak gatal. 'Bagaimana sih? Takkan nak dibiarkan saja pejabat ini?' Bigi memerah otak untuk membuat keputusan. Setelah membuat beberapa strategi dan pertimbangan, Bigi memulakan langkah...


...bersambung...

No comments: