Saturday, April 17, 2010

-satu dan kosong [episode 02]-

...sambungan...



'Baik! Dah selesai semua!' Bigi mengagak-agak masa yang telah ditetapkan pada aturan auto-pilot untuk beberapa jam sementara beliau mengambil kesempatan menghadiri jemputan tetamu yang jauh. 'Sehelai saja dah 10 minit...kalau 37 helai?' keluhan berat dilepaskan. Untuk seketika, Bigi terasa sungguh susah hati. Akan tetapi untuk mengecewakan hajat sesiapa, Bigi tidak sampai hati. Dengan berat hati, Bigi terkocoh-kocoh menuju ke arah timur laut. Putrajaya. Aswad tetap setia menanti.

'Panasnya hari ini, Triban...' keluhnya. Triban sedang asyik tidur didalam kantung. Lampu isyarat merah di persimpangan bertingkat sememangnya mencembui mencemburui Bigi. Setiap kali. Memang. Tak percaya sudah. Bigi seringkali hangin dengan beliau. Oleh kerana sabar masih bertapak di jiwa, hijau juga menjadi pilihan hatinya apabila memikirkan tentang nyawa. Selajur, berkepul-kepul asap dilepaskan oleh Aswad, memecut ke satu arah memasuki simpang kiri dan sedikit selekoh cecah tumit. Hampir-hampir saja Triban tergolek dari kantung akibat kecondongan yang dilakukan oleh Aswad. Triban merungut-rungut kerana tidurnya diganggu. Bigi hanya tersenyum, sambil bersiap sedia untuk mencari ruang untuk menyembunyikan Aswad dari pandangan pihak berkuasa.



" Truutt-truuuutttt.....
Truutt-truuuutttt.....

Truutt-truuuutttt.....

Trrr...Ha? Mane? "



Tibalah pula giliran Bigi merungut sendirian kerana tourist guide yang mengiringi tetamu jauhnya sesat jualah didalam kompleks membeli-belah yang terkenal dengan bunga pagar sekolah rendah itu. Keluhan berat dilepaskan sekali dengan kegeraman. Geram kerana beliau sesungguhnya sangat mengejar masa. Masa itu ibarat 'submission'. Seketika berpusing-pusing sambil bercakap melalui corong telefon, akhirnya kelibat tourist guide yang kalut ditemuai ditemui tidak jauh dari sebuah gudang pakaian dalam wanita.

'Haih...entah mana-manalah kau bawa diorang?' 'Hehehe...janganla marah,aku pun baru first time sampai sini,' sapa Shazupa(tourist guide kalut). Dia ditemani(menemani) oleh Sabahan dang juga....'Eh? Mana tetamunya? Dua orang bukan?' Bigi mencari-cari kelibat 'dua' tetamu jauh yang ditunggu-tunggu. 'Ada, mereka berdua sedang membuat upacara menghalau sihir diluar' Sabahan mencebik sambil memandu Bigi dan Shazupa ke belakang tempat letak kenderaan. 'Oh..' Bigi tersenyum lebah sebaik sahaja mendapati kedua-duanya selamat. 'Menote! Kyudee! Hahahaha!!' berjalan pantas sambil berjabat salam dengan kedua-dua mereka. Sebenarnya, dari jauh Bigi sudah perasan sesuatu debelakang Menote. Dan Triban juga sudah menyedarinya dari awal perbualan Bigi dengan Menote semasa berada dipejabat. Triban mencuri-curi dengar. Sebenarnya Triban merasa sedikit cemburu kerana 'kekasih' Menote merupakan baka yang lebih baik darinya.



" Liman "



Triban masih merungut-rungut. Cemburu dengan perlakuan Bigi yang sangat asyik memuji si Liman 'Uban'(gelaran spontan yang diberi Triban). ' Mentang-mentanglah aku dah berumur...ingat aku ni...' serta merta Triban tersentap seketika apabila merasakan sesuatu pada Bigi. Ya...itulah isyarat yang seringkali menerjah hatinya. Bigi bukanlah sebagaimana yang dia fikirkan. Dalam lubuk hati Bigi, Triban dapat merasakan Bigi sangat bangga dengannya. Sepantas itu Triban memohon ampun atas kekhilafan dirinya.

' Note, aku dah setting dah. Yang penting sekarang, kau faham asas-asas yang aku beritahu tadi. InshaAllah, lama-lama kau pun boleh,' Bigi memberi harapan kepada Menote. Selama beberapa jam bersama mereka banyak berbincang tentang latihan-latihan dan tips, dan Big banyak memberi bantuan kepada Menote dan Kyudee. Setelah berjalan-jalan disekitar, Bigi terpaksa meminta diri kerana masa terlalu suntuk untuk bersama lebih lama. Selesai bersalam-salaman dan melambai, dengan sepantas kilat Bigi menuju ke arah tempat persembunyian Aswad untuk kembali menuju ke pejabat setelah merasakan debaran kian mengganas.



"Aswad!!!!!!!!!
Baiiiikkkk!!!!!!!!!!!
Prreeeetttttteteetteeteettttt!!!!!!!"



'Hah?!Lagi 5?Perghh...' Bigi terduduk diatas lantai...menghadap mesin pencetak. Ketika ini dia merasakan impian bersama-sama JackFred semakin kelam. Jam sudah menunjukkan pukul 5.24 petang. Bermakna...Bigi mempunyai lebih kurang kurang sejam untuk siap menggulung kesemua lukisan-lukisan tersebut. Dengan keadaan terduduk, Bigi menyusun sehelai demi sehelai lukisan-lukisan bersaiz A0 tersebut dengan keadaan yang sungguh hiba. Hatinya kelam. Bigi membuang pandangan keluar tingkap dengan pandangan yang kosong. Kosong. Hanya kedengaran bunyi mesin pencetak yang berulang-ulang, seolah-olah mentertawakannya...

"Teet!....Kletakkk!!!
Gedegangggg!!!
Krrrekkkk...Tang!!!
Krreeoookk...Tangg!!!"

Bigi meneruskan perjalanan dengan segulung lukisan sebesar alam, tanpa menghiraukan pekerja-pekerja Save More! melihatnya dengan pandangan sinis, apatah lagi pak arab karpet yang sering meriakkan wajah seperti menyimpan bom didalam jubah adanya. Jam menginjak pukul 6.34 petang. Aswad dengan setia membawa Bigi menuju ke pekan Kajang...untuk menyediakan satu lagi salinan 'office copy'...



...sambung lagi ah...esok nak naik bukit plak...

No comments: