Tuesday, January 5, 2010

-15 percent is enough-

Ah?Dah pukul 7? Sepantas kilat aku berlari menuju ke arah kapcai kesayanganku yang telah lama tidak diservis. Sabar ye sayang, abang kena settle'kan beberapa perkara dulu. Nanti abang ade surprise untuk sayang ye, lantas aku memujuk Aswad yang dah tak larat nak memuncungkan diri dek ketidakpedulianku terhadap beliau. Aku terus menuju ke seberang jalan menuju ke Mebeng untuk membuat beberapa transaksi. Cukupla ni, aku berbisik sendirian. Uh, tinggal berapa rat je ni....puase lagi aku bulan nih. Ah, aku kena cepat. Dah janji nak bagi surprise kat Aswad ni. Aku menuju ke arah bengkel Ah Kong.

Mat! Servis!
Servis ape? Mamat sedang menyapu sampah-sampah berdekatan. Nampak gaye macam dah nak tutup.
Err...ape tadi ek? Ha, minyak itam...plug...
Lagi?
Err...brake! Lagi ape ek? Erm...itu je kot...
Lining ke?
Lining? Ah,ape-ape jela...
Lining tu brake la bro, Mamat seakan-akan memerli aku. Cis. Alah, tak kesahla ape pon. Nanti ko check skali brake belakang aku. Ok, pi amek minyak ape ko nak kat dalam. Melilau aku mencari kat dalam bengkel bos dia. Jumpa. Mat! Baru teringat, tu lampu skali. Dah rongak dah tu. Kesian. Dekat dua bulan aku tak tukar cover lamp yang tertanggal akibat terlanggar lubang kat roundabout masjid shah alam. Sampai tercabut lampu. Punyalah kuat terhentak. Tak pe, kali ni aku bagi special treatment kat ko ye wad...

Selesai. Boleh tahan jugak. Tapi aku tak kisah. Ko la satu-satunya aset yang aku ada. Kaulah satu-satunya 'kaki' aku. Takde kau, patah kaki aku. Ah,lupa plak, aku ade bende lagi penting nak selesaikan. Sekali start,pehhhh....kan main ko ye wad? Mencanak beb...ape lagi, aku pon mencilok selagi boleh,hahahahaa...jangan kate tukun Ikhwan, lori cik Iza pon boleh tercicir,hahahaa. Gile seronok aku merempit tadi,hahahaa. Hilang segala resah dan duka. Pegi beb!

Ok. Sampai dah kat BIMB. Kejap kan? Selesai urusan disitu, eh? Dah sampai pejabat pos? Kejapnye,hahaha. Laju tak? Laju tak? Hahahaha...eh? Dah sampai Shell pulak? Isi minyak dulu. Bos! Sepuluh? Dua puluh? Penuuuuhhhhh r beb! Ya. Merempit sepantas kilat menuju ke arah Warta tanpa mempedulikan lalulintas. Dah nak pukul 8 dah ni. Divider? Tiada masalah!

Ok. Bos beli komputer baru untuk 'pelajar praktikal'. Cemburunya. Aku pulak yang kena pergi ambik. Cis. Gedabak besau. Best. Aku pulak pakai 'bekas' Ikhwan. Cis. Nasib baik dah bersihkan dari virus-virus yang diternak Ikhwan. Ceh. Ah,dah pukul 8! Belum Maghrib lagi! Preeeettttttt!!!!Prreeeettttt!!!Peetttt!!!Peetttt!!!!!

Dah sampai rumah. Divider? Tak menjadi masalah juga. Lima minit saje. Kelam kabut berkejar ke tandas nak kejar maghrib gajah. Apela nak jadi ngan aku ni. Selesai sudah, aku merehatkan minda. Online. Online. Mandi. Isyak terus. Online lagi. Alamak, dah lewat nak hantar komputer baru 'pelajar praktikal' baru. 10.30 dah. Eh? Kenapa lapar? Laaa...lupa nak makan. Megi dua bungkus kasi masuk poket. Haih.

Dah sampai. Pantas bukan? Baru servis katekan. Ok. Setup. Lepak. Sapkok. Sembang. Sembang. Sembang. Sembang. Masak megi. Sambung setup. Makan. Sambil sapkok, setup. Tensen cable LAN rosak. Tutup, esok sambung. Sembang. Sembang. Sembang. Sembang. Sembang. Sembang. Sembang. Sembang. Sembang. Sembang. Sembang. Sembang. Sembang. Sembang. Sembang. Sembang. Sembang. Sembang. Sembang. Sembang. Sembang. Sembang...........

Akhirnya. Aku dapat lihat hala tuju yang aku cari. Potensi aku. Aku harus mulakan benchmark. Peluang sudah ada. Ilmu sudah ada. Guru juga sedia memberi bimbingan. Tinggal tindakan. Bila mahu bertindak? Anda adalah seorang perekabentuk. Designer. Tentukan had kemampuan. Cukup sekadar peringkat pertama. Schematic design.

Oh Schematic design. Design proposal.

Selesai.

No comments: