Sunday, July 12, 2009

-Ijtima' Malaysia 2009-

Hari ni 12 Julai 2009 bersamaan 19 Rejab 1430...menjadi satu lagi tarikh bersejarah bagi aku, dimana sedikit sebanyak merubah prisip hidup aku dalam mencari erti kehidupan. Seperti yang dijanjikan oleh abah, pagi ahad ni kitorang sume akan pergi menziarah ijtima' 2009 yang berlangsung di kuarters KLIA. Walau sejujurnya aku tidak tahu apa itu Ijtima', secara kasarnya aku cuma mengetahui ianya adalah perhimpunan kalangan2 musafir atau tabligh(sila betulkan jika salah...jahilnya aku...).

..................................................................................

pertama kali sampai...subhanallah,ramainya jemaah

..................................................................................


Oleh kerana pertama kali menghadapi situasi sebegini, jadi mata aku tak henti2 memandang sekeliling...oleh sebab ramainya jemaah, semuanya kelihatan seperti berada di Tanah Haram...selalunya kita akan nampak ramainya manusia di majlis2 riang ria ke neraka di peti televisyen...tetapi alhamdulillah aku sendiri menyaksikan keindahan panorama di tanah air sendiri...sambil meneruskan perjalanan ke khemah yang dimaksudkan, aku sendiri tak henti2 memuji kebesaran Ilahi...

..................................................................................


kalau tak silap...satu khita satu negeri,semuanya 15 khita kalau xsilap.
Ada jugak jemaah dari Myanmar, Bangladesh, Thailand, Indonesia, Pakistan, dan lain2...
bayangkan...

menunggu pakngah maidin di khita 5...

talam...teringat dulu mase zaman sekolah makan dalam talam...

..................................................................................

Sementara menunggu, aku sempat ambil beberapa shot yang aku rasa aku rasa ntah bila lagi dapat amek. Sempat jugak aku berjalan sekeliling melihat karenah2 penjaja dan pengguna yang pelbagai bangsa...macam2 ada jual. Yang menarik perhatian aku ialah jubah hood...haha,sangat cantik! Belek punya belek...pehhh,mahal beb! Ada satu tu warna biru kehijauan...uhh, kat aku ada berapa hengget je...aaaa~ruginya. Macam2 ada...batu cincin, rumpai mekah, ubat kuat pon ade...macam2...

Tetiba dapat mesej dari abah "Pakngah dah sampai...". Aku terpaksa bergerak...sempat jugak aku sambar selipar jepon yg aku beli kat Padang Besar dulu,haha...yang lama hilang kat masjid. Maka aku bergegas ke khemah...

Aku tak taula dah jadi tebiat agaknya, khemah pon aku teruja nak amek shot. Curious beb tengok structure khemah tu...beso gile. Kate sepupu aku yang tolong orang masak kat situ, beberapa hari lepas khemah tu terkoyak, hampir2 jatuh sebab hujan lebat dan ribut yang kuat. Astargfirullah...macam manala perasaan jemaah masa tu...

..................................................................................

tengokla berapa lebar span khemah ni...

footing atas tanah je...siap gali longkang. temporary structure...

area membasuh peralatan makan...aku tak sempat nak rakam tempat masak...besor beb...

sementara menunggu kitorang mendengar cerita dari Amir

sangat kagum...sampai tak terkata apa...

..................................................................................

Hari ni adalah hari terakhir perjalanan Ijtima' Malaysia 2009 ni...selepas ni dorang akan pegi keluar ikut jemaah masing2. Ada yang keluar 6 bulan, 3 bulan, sebulan...huuu. Pengalaman keluar tu xpenah lagi. Tapi abah penahla ngikut tabligh ni dulu mase baru2 kawen. Tu pon ujung minggu je kot. Ntahla...aku nak citer banyak2 pon aku bukan tau sangat aktiviti tabligh ni. Bukanla nak kata apa2, tapi sume terpulang pada individu... Ada yang sokong, ada yang menolak. Tapi semua tu kita yang tentukan. Kalau rasa mampu nak keluar 44 hari tu pergilah...yang tak mampu ni kita tak perlu rasanya nak memburukkan nama tabligh ni. Kadang2 aku sedih jugak ade yang memaki dan mencaci golongan ini...siapa kita? Tanya diri sendiri...tepuk dada tanya iman...wallahu'alam...

..................................................................................

sempat jugak aku terlelap...panas pon panasla...

..................................................................................

Sempat jugak aku terlelap sebab aku tak dengar jelas sangat ceramahnya. Berselang seli dengan transalator...yelah sebab macam2 negara yang ada. Last2 aku baring...terus flat. Tau2 si Zaid kejut sebab dah nak start doa...itu yang abah tunggu dari tadi. Yang dia angkut sume anak beranak dia datang sebab nak join doa orang2 soleh ni. Alhamdulillah, moga2 anak2nya semua menjadi 'orang'...hahaha...ketawa apa?

on the way pulang...ni pon dah tunggu setengah jam kat khemah tadi pon ramai lagi...

abang biro sekuriti....siap dengan rotan lagi...

penjaja dah start murahkan jualan...beli satu percuma enam???

ada gadis garang yang comel disitu...haha~haishhh

kena bahagikan lorong kenderaan...sapa jalan kat situ kena halau

ade jugak jual buah kat sini...




lautan manusia


alhamdulillah...last shot sebab tak tahan nak pi toilet...

..................................................................................

Macam2 perasaan yang bercampur aduk masa tu...memang menguji kesabaran betul. Orang pijak2 kaki, potong line nak amek wuduk, berebut nak masuk toilet...huhu. Tapi pengalaman ni memang akan masuk dalam sejarah baru dalam hidup aku sebab rasenye aku ni susah nak join tabligh2 ni. Bukan darah daging aku kot...ianya sangat menenangkan hati. Terasa rahmat Allah tu menyimbah2 pada semua orang yang ada disini...takde yang nak marah2,nak ngamuk2...terasa sungguh diri ni sangat kecik depan dorang sume. Terasa darjat ni sangat rendah dikalangan mereka ini... Majoriti semua muka bercahaya...aku nak sangat...oleh itu berusahalah!
=)

4 comments:

I.Z.Z.A.T.Y said...

berusahalah...kzen aku pom ade jgk pg mende ni

Anonymous said...

Doalah sungguh2 kepada Allah swt semoga mudahkan tuan memahami usaha Rasullullah SAW.

Jemput hadir ke ijtimak mingguan versi mini di Masjid Jamek Sri Petaling KL.

Salam.

mr_bread said...

Alhamdulillah mudah2an...
insyaAllah jika tidak keberatan...
Doakan moga dibukakan pintu hati ini...

salam~

jackfred said...

beb.. cayalah..