Sunday, January 9, 2011

-deflector-





Balik dari rumah 'mem besaq' tadi bawaklah balik makanan yang banyak, hajat hati nak bagi budak-budak studio makan. Sudahnya, sorang pun takde! Haiyooo...kambing, udang, salad & mashed potato sume ni sape nak melantaknye? Hai~hai~...


Alih-alih check email. Wah, ada email berantai. Dan topiknya juga aku rasa agak ter-tembak-tepat-ke dahi. Well, terasa seperti akan menggunakannya dilain hari, maka aku masukkan dalam tagline 'tazkirah' untuk renungan di kemudian hari. Dan juga untuk berkongsi pada sesiapa sahaja yang membacanya.


Jadi, sila-silalah merenung panjang-panjang untuk mereka-mereka yang terasa tak tenang, sedikit sebanyak boleh merawat jiwa dan hati yang selalu terpesong dan lemah dalam melalui ujian bercinta. Semoga terbuka hati dan mudah mendapat hidayah. Fi' Amanillah.


by Hafizul Sobrie on Friday, December 31, 2010 at 10:46am

1. Aku jatuh hati pada dia… camne lak ni?


“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.

Surah An-Nur: 32


"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.

Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas


“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.

Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar


2. Tapi aku tak cukup duit nak kahwin….


“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.

Surah An-Nur : 33


Rasulullah S.A.W bersabda :

“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesung guhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.


3. Memang aku tak cukup duit / tak mampu nak berkahwin, tetapi kalau aku mendiamkan diri sahaja, nanti si dia “dikebas” orang.…


Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."

Surah Al-A’raf : 128


“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”

Surah Al-Hajj : 40


“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.

Surah Alam Nasyrah : 5-6


Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.

Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..


4. Tapi aku sangat sukakan si dia...Tak boleh hidup tanpanya..


“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.

Surah An-Nur : 30


“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.

Surah Al-Jatsiyah : 18


“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.

Riwayat Bukhari


5. Tetapi...aku bercinta bukan slalu dapat berjumpa dengan si dia...kami tinggal berjauhan...tak pernah sekalipun keluar berdua-duaan…


“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.

Surah Al-Isra : 32


“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.

Musnad Ahmad


“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.

Riwayat Bukhari Muslim


6. Apakan daya,aku tidaklah kacak/cantik, aku juga risau tiada jodoh...aku rasakan cuma dia seorang sahaja yang boleh menerimaku..


“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.

Surah Yasin : 36


“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.

Surah Az-Zukhruf : 12


“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.

Surah Ar-Rum : 21


7. Sangat sukar nak mencari jodoh...putus asa!


Abdullah Ibnu MAs’ud pernah berkata :

“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.


Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :

“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.

Riwayat Ibnu Majah.


Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.

Riwayat Abu Mansur Al-Dailami


Kesimpulan : Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alasan untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segeralah berkahwin. Kalau x mampu? Tahanlah nafsu!

Memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang betaqwa. Silap haribulan kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!

Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI & PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita.. Salafusoleh telah pun berjaya, KENAPA KITA PULA TIDAK BOLEH BERJAYA SPT MEREKA?



p/s: ala, penulis ni pun terasa gak sbb penulis pun ada minat kat seseorang.

Apepun, penulis juga byk kekurangan. Note ini untuk peringatan terutama yang membuatnya.. selamat beramal.

Sekian.






3 comments:

Anonymous said...

Mudah2an hati sentiasa tenang dan tidak gusar. Inshaallah urusan hati akan dipermudah dan hadir dengan redhaNya. Ameen :)
YellowishBlue-

Anonymous said...

owh...hehe..jue2. sabar la ye..2 thun je kot

mr_bread said...

YellowishBlue-thanks~ameen :)

Anonymous-hahaa..khojaq.dua taun plus dua taun dh 4 weh,hahahaa