Saturday, January 1, 2011

-2011-


Erm? Ape? Mercun eh? Oh. Dah tahun baru...

Ye. Dah masuk tahun baru. 2011. Bermulalah cabaran baru kat aku nih. Dengan kata lain, bermula kehidupan baru yakni menempuh alam sekolah. Kalau dulu 'sekolah rendah', lani baru dapat masuk 'sekolah menengah'.

Pertama, aku nak ucap Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Tuhanku atas rahmat dan peluang yang Kau berikan padaku. Selama setahun 6 bulan untuk aku ambil 'kelas tambahan' sebelum menempuh alam 'sekolah menengah'. Cukup ke? Kalau tanya aku,memang tak cukup(ilmu). Aku masih merasakan diri aku belum bersedia untuk melangkah ke alam baru. Aku takde keyakinan langsung bila saja aku semak keputusan dan mendapati aku dipanggil untuk kemasukan Disember 2010. Kenapa?


Ya, aku rasekan aku ni belum cukup kuat. Belum cukup 'baligh' untuk sambung belajar. Ijazah tu weh. Dulu diploma lain. Tapi tu setahun setengah yang lalu. Sekarang? Aku dah berubah ke belum? Aku masih belum yakin. Sebulan lebih aku banyak termenung, melayang-layang bila dapat tau yang aku ni dapat tawaran. Lepas tu mulalah aku buat kerja pun nak-tak nak. Sampai 'boss' aku pun perasan yang aku dah tak perform cam dulu. Takut. Seram. Haru biru. Semualah. Serius weh. Kepala otak aku jadi 'kosong' berlanjutan selama beberapa minggu. Lepas aku dapat tau yang 'boss' sudah repot sama Kak Linda, aku terus terang je kat dia memandangkan aku dah kenal dia masuk 3 tahun. Dialah supervisor aku. Yang banyak 'brainwash' kepala hotak aku ni dulu masa mula-mula masuk praktikal penghujung 2007.

Lepas di'brainwash', aku dah mula 'tersedar' dari berangan. Katanya, kenapa antara aku dan Sopey, aku yang dapat masuk? Secara kasarnya aku cakaplah alah nasib, patutnya Sopey boleh dapat sebab dia lagi banyak handle projek(aku manjang bantai bende same je.Goben-goben-goben.). Tapi dia kata tu dari apa yg aku pandang, bukan secara halus. Kau dapat masuk, bermakna Allah tahu kau dah bersedia. Si Sopey tak dapat, mungkin bukan rezeki dia. Bukan tak dapat, cuma ditangguh. Nampak tak?

MashaAllah...betul jugak. Ye, Situasinya sama macam dia ngan Kak Linda semua. Kadang-kadang kita tak nampak hikmah disebaliknya. Hikmah bukan hanya muncul bila tiba perkara tak baik, juga pada perkara yang baik. Contohnya macam akulah. Siapa tak suka bila dapat sambung kan? Seronoknya sampai ada yang buat kenduri doa selamat besar-besaran. Tapi aku sebaliknya. Terasa 'beban' tanggungjawab tu berkait-kait sampai ke peringkat nak amek Part III. Fuh. Itu yang dok termenung. Realitinya, aku dah masuk peringkat 'zon selesa'. Hikmahnya, tawaran ini adalah salah satu bentuk UIJAN yang aku perlu hadapi untuk menentukan masa depan aku. Itulah hikmahnya. Peluang dah terbuka, diri dah bersedia, cuma hati dan usaha perlu diasah. Bermula dari minggu lepas, aku dah mula yakin. Inilah ketetapan ujian yang perlu aku hadapi.

Aku bukan tak pandai. Cuma kurang keyakinan. Bahasa inggeris pun bersepah-sepah lagi. Mamat Iran datang jual khat pun aku terkebil2 tak tau nak cakap camna. Nasib baik Sopey ada. Gelakla. Gi ah prank aku, soh Hanif 'Can I Help You' call aku kalau tak percaya. Tapi memang itu aku. Cepat gabra. Kalo suara aku tetiba serak, perlahan, tersekat-sekat, haaa tu gabra lah tu. Ni camna nak sambung ni kalau tak reti-reti nak speaking? Woi! Malulah!

Tanyalah aku 15 tahun lepas, apa azam aku. Diploma. Nak jadi 'Pembantu Teknik Awam'. Kerja gomen. Macam bapak aku. Father footstep. Mungkin sebab aku selalu ikut bapak aku pergi site tengok orang buat jambatan je kan masa aku sekolah rendah kat Kuala Lipis around 92-97. Ijazah? Tak de. Sampai aku kat Perak, part5 pun tak pernah nak hingin amek ijazah ke hape. Dalam mind set habis diploma nak kerja gomen. Sampailah hujung 2007, aku start praktikal kat firm arkitek. Inilah yang dikatakan takdir mengubah segalanya. Sebab ape? Meh aku cerita...

2007 merupakan tahun kejatuhan aku. Macam Melaka kena serang. Zaman kejatuhan dan ujian paling dahsyat dalam sejarah hidup aku. Ujian demi ujian demi ujian, sampailah aku masuk praktikal, segalanya berubah. Hidup baru, minda baru, pemikiran baru, azam baru. Disana aku di'brainwash' saban hari sampai tahap aku berjaya mengubah hala tuju aku yang sangat ganjil dari yang asal. Masa tu 2008 baru menjelma. Kisah hitam 2007 bagai hilang dalam lipatan sejarah. Barulah terasa 'bodoh'nya aku dulu. Aku bernasib baik ditemukan dengan NEA. Itulah satu punca kenapa aku tak boleh nak benci, sebab aku banyak terhutang budi kat mereka semua. Mereka menjadikan aku 'manusia' yang punya matlamat. Mengenal erti hidup. Sila klik pada link tersebut. Itulah yang aku maksudkan.


Jauh dah aku pusing. Tapi takpa(bak kata Harun Din), belum cuba belum tahu. Aku sekarang dalam proses nak me'neutral'kan atau kata lain 'empty the glass' sebelum mula kelas Isnin nih. Dah start nanti redah jela kan? Semoga aku tabah mengharungi detik menjadi pelajar semula. Berat nih. Anak pertama yang sambung ijazah dalam family aku. Mengatasi bapak aku. Mak dengan abah, doakan saya. InshaAllah dua tahun lagi masuk dewan konvo lagi sekali. Sekian.

Fi Amanillah :)





7 comments:

kekunang said...

good luck weh!!

mr_bread said...

makasih....*trembling2*

asma Pak Wahab said...

quite Inspiring to read this entry..really helps as i am facing few difficulties in decision making...thanks..andd...good luck..ade mase, leh lepak2..cos i'll be working near u.. =)

-taking chances is good to have better future. get out from the box and ur comfy zone really need a biiiiiiggg guts..well done-

I.Z.Z.A.T.Y said...

gud larkkkkkkkkkkk raju!

mr_bread said...

asma:hehe,tetibe je emo. Cume nk berkongsi cerita je,huhu.mekasih weh,nnt sng2 lepak ar k...

Moly:thanks molly!jupe mung seng dpang! :)

Anonymous said...

All the best sahabat :)
i know you can do the best!

Fi amanillah
YellowishBlue-

mr_bread said...

yellowish blue: jazakallahhu khair!