Tuesday, August 17, 2010

-cocoon-

Pagi itu...


"Muhamad Annas Ahmad Sabaruddin - Muhammad Najib Shahrom, Je Azrar, Fiqa Amyra, Koo Muhammad, Meg D Reid, Assikeen Abu Bakar - borang utk melanjutkn pelajaran dah keluar... isilah..."



Oh, akhirnya. Dah boleh isi borang dah. Yeay....


Satu setengah jam kemudian...'Apsal pulak slow gila ni?' merungut dalam hati. Agaknya memang tengah peak gila kot. Maklumlah, berebut-rebut orang nak masuk, murah katanya. Kesianla golongan sederhana seperti kami ni...Tak pelah, petang-petang sikit boleh lagi. Lagipun ade lagi sebulan mase nak isi. Ade ape hal?

Well...sepanjang petang, pun tak boleh-boleh jugak. Akhirnya aku melepaskan geram dengan mengetap gigi sebab nak menghambur kata-kata kesat kang sia-sia ja puasa aku. Sambil berlalu menuju ke bazaar depan PKNS, aku berjalan kaki kearah pesta nafsu tersebut. Bukan nak beli, saja amek bau dan menghilangkan diri dalam kesesakan.

Malam itu seperti biasa selepas teraweh. Nak sambung movie petang tadi tak sempat abeskan. Aku hampir tak endah langsung pasal application interview ni. Terlupa terus. Dah nak tido, terbaca balik wall post Renghos..."Ape kate saje-saje test...tak dapek ni memang aku tido jelaa..." getus dalam hati. Setelah beberapa kali cubaan, patutla memula tadi tak boleh akses, rupenye kene daftar pengguna baru,hahaaa...Mukasurat demi mukasurat, aku leka mengisi borang sambil menepuk dahi sebab semua sijil aku ada kat opis daa...takpe,boleh semak tiga kali...so, dalam pada nak abes isi...timbul satu perasaan berdebar-debar, macam perasaan mula-mula aku nampak signboard uitm seri iskandar kat Gopeng time nak register part 1 dulu. Huishhhh~ apesal pulak time-time cenggini nak berdebar-debar pulak nih???

Lama jugak aku melayang jauh. Betul ke ni, aku isi borang apply Ijazah ni? Tiba-tiba kepala aku menerjah ke zaman kegagalan matriks dulu,nak apply diploma sikit punya susah dengan result SPM yang so-so... Dan sekarang, nak sambung Ijazah Sarjana Senibina (kononnya nak tukar Master, pehhh). Tak sangka dah ke tahap ni. Dan debaran makin memuncak. Betul ke aku nak sambung ni? Betul ke aku dah bersedia? Loan, mental, pengalaman, ilmu, attitude... Kacau...kacau... Takut, seram, cuak, menggelabah, debor, tak sedap badan, sume ade...

Tak sedar aku dah tekan butang 'Hantar'. Ok. Baik aku tido daripada serabut, buang karan ye tak? Seperti biasa port kegemaran dibelakang rumah sambil melihat bintang samar-samar dibungkus dek kepulan awan. Dalam pada dok menyesakkan peparu, datang ilham dari mana punca tak tahulah. Jiwa semakin telus. 'Oh, I like it!' sambil tersenyum, aku baru tersedar bahawa aku mempunyai tempat mengadu. Alhamdulillah~rasanya dah nampak langkah-langkah yang harus dimulakan. Bulan baik ini, aku berusaha meyakinkan diri. Kerana 'aku' sekarang bukan lagi 'aku' 2 tahun yang lepas! Berusahalah! Mulakan cabaran baru!

3 comments:

Anonymous said...

good luck =)

mr_bread said...

takut lagila cik fin...xyakin...

haha.. said...

semoga Allah permudahkn urusan masho!