Sunday, August 1, 2010

-back-

Berpantang maut sebelum ajal. Berpantang lembik sebelum bertahan. Masih ada saki-baki 'bonjolan' kesakitan yang telah berleluasa selama 20 tahun,kini semakin berkurangan. Ah, besok dah start kerja. Janganla tiba-tiba mata ni ber'pelangi' maacm semalam. Uh. Bila tebayang je rase nak mual. Dangerous.Abaikan. Berita baik. Pemacu cakera keras aku berjaya 'hidup' kembali! Terima kasih para hackers yang memberi tunjuk ajar didalam TiubAwak. Terima kasih juga pada seller Lelong.my, berasal dari Sarawak yang telah menjual 'cable CA 42" dengan harga RM8 sahaja. Berbanding tokey-tokey kedai hp di Warta Bangi, dimana harganya boleh menampung perbelanjaan pergi-balik dari KL-BOTA. Sheet. Oh, untuk pengetahuan. Inilah rupa bentuk cable sebelum dan selepas.


from this
into this




Tak perlulah mengadap pekerja kuli CariKomputer.Com Warta(sekali lagi) yang sangat cetek ilmu tentang saiz catridge plotter(dimana telah dimaki oleh En.Azmiza sebab buat lawak bodoh dengan mengatakan saiz paling kecik no.13 dengan yakin+berlagak,haha...). Jimat. Pernah sorang brader IT bagitahu,kos nak sedut data memakan belanja rm5=1Gb. Damn. Rupa-rupanya cuma perlu update firmware hard disk. Seagate memang bermasalah. Silalah beralih kepada WesternDigital.


Nak belajar? Klik disini. Mamat tu tak bagi aku embedded video dia.ceh.

Sekian.



No comments: