Thursday, March 11, 2010

-okonomiyaki-


okonomiyaki (rajoo style)


Sos takoyaki? Mana nak cari?
Cari dalam internet. Murah ar tu, US$4.75...cuba tengok shipping berapa...

Price after shipping: $59.75

Ambik nak! Gila! Cari punya cari resipi sos Takoyaki, nasib baik jumpa. Tapi dasyhat jugakla bahan2nye. Sake(rice wine),mirin(sweet wine),worchershire...benda2 yang boleh melambatkan lagi progress eksperimen. Bonito,dashi? Nanti aku fikirkan...

Malam tu, aku survey lagi style-style selain dari Hiroshima seperti Osaka, Tokyo, Kyoto...dan bahan2nye aku dapati aku boleh renovate lagi memandangkan di Malaysia ni mane femes makanan Jepun. Oleh itu aku menggantikan sake dengan cuka beras, mirin dengan air rumpai mekah, bonito dengan udang kering halus. Ape2 pun fokus terhadap pembuatan sos tu penting.
Eksperimen bermula dengan bantuan adik aku. Godek-godek-godek. Dalam pada tu sempat lagi tambah komponen2 rahsia. Dan adik aku dengan yakinnya mengatakan bahawa sos tu sedap! Pergh...aku punya cuak takut tak jadi, alhamdulillah stage pertama berjaya.

Stage kedua.

Lepas racik kobis halus2,pukul telur dan campak2 rempah2 ape yang patut, godek-godek-godek lagi. Proses bermula. Agak leceh sebab keadaan fizikal kuali+dapur tersangat micro. Aku guna perkakasan dengan se'optimum' yang mungkin je. Pasrah.

Eksperimen pertama. Bapak aku yang selama ni tidor awal, tetibe je malam ni rajen melayari laman sesawang muka buku beliau. Rupa-rupanya nak test rase, hahahaa. Semua isi rumah menjadi juri. Komen positif. Cuma kurang pedas dan sos letakla banyak sikit...kate bapak aku. Ok. Masih ada bancuhan kedua...

Kali ni aku reno sket lagi. Tambah cili api. Sosej(ganti hirisan daging sebab malas nak defrost) hiris nipis2 lagi. Beberapa ketika, hidang atas pinggan...aku goreng udang kering tanpa minyak(tadi lupa nak letak) sampai garing. Sambil tu aku sapu sos lebih sket, mayo dan tabur udang kering atas bahan masakan. Berdebar-debar jugak ni. Suap satu kali...

Rase macam ade pesta bunga api kat belakang aku. Dasyhat. Lebih kaw dari tadi! Dengan eksaited aku post [okonomiyaki - success]...tetibe teringat si Ikhwan. Tahun lepas dia kempunan. Bakar suh dia datang...datang sungguh! Anda memang kelakar.


Dengan respon positif dari para juri, aku berjaya! Thanks to all!


sementara tunggu juri sampai

...datang jugak tu!kempunan eksperiment aku tahun lepas ar nih..hahah...

hahaa..awek dah call...

...last kopek...

dashyat ah ko wan...neway thanks a lot.sanggup datang walau esok ade crit!hahaha~


Sekian.

4 comments:

kekunang said...

wawawaaa.....sodap nyo...

mr_bread said...

sodapkan?hehehe...takpo,nnt den cubo takoyaki plak,kau pulak jadi jughi yo~ :D

Anonymous said...

air rumpai mekah tu nk dpt kt mne?
cuka beras pun bley cari kt kedai k?

mr_bread said...

air rumpai mekah ni ssh sket nk jumpa.kalau nsb baik pn ade gak org jual kt car boot sale,pasar lambak xpun pasar jmaat.cuka beras ni kat kdai2 runcit@supermarket ade.just 2 placed of using mirin.