Suatu senja, seorang anak bertanyakan kepada ibunya…
“Ibu,kenapa kita sakit?”
“Em…kita sakit adalah sebabnya sayang. Itu tanda Allah nak uji kita, nak tengok samada kita seorang yang penyabar atau tidak..”, jawab ibunya sambil tersenyum. Namun si anak kecil masih tidak berpuas hati,
” Tapi kenapa ada orang yang masih mengeluh bila sakit?” tanya si anak dengan perasaan was-was dengan jawapan ibunya sebentar tadi. Ibunya tetap tersenyum, membuatkan si anak bertambah hairan.
“Nak…” Si ibu menatap wajah anaknya.”Setiap manusia berbeza. Setiap ujian yang menimpa seseorang itu Allah telah jadikan sesuai dengan tahap kemampuannya bertahan. Oleh itu, hendaklah kita bersabar dan banyakkan mengingatiNya..”, tangan ibunya mengusap kepala si anak. “Kita perlu ingat,bila kita sakit, samada luaran atau dalaman bukan bermakna kita lemah,tetapi itu adalah perubahan kepada kekuatan. Jika kita tidak tahan, sampai bila-bila kita akan berada di tahap itu sahaja.” si anak tersenyum lebar, mempamerkan dua gigi susu yang baru sahaja patah kerana terjatuh dari tangga setelah membantu ibunya membaiki gerai yang usang. Si ibu sangat berbangga dengan si anak yang tidak pernah merungut atas nasib yang menimpa mereka…Syukur pada hadrat Ilahi kerna menganugerahkan permata yang tidak ternilai bg seseorang yang bergelar ibu…
…adei,aku yang baru batuk2 ni pon da ngeluh xle wat keje,haih…kental2~ saket makan obat,huhu..
=)
2 comments:
kalau masih mampu berdiri, kenape perlu dirisaukan tentang rebah. kalau berdiri lagi bagus, kenape perlu di gusarkan tentang jatuh.. cayalah jib.. inspiration nih..
ah...skadar menzahirkan imaginasi...huhu
Post a Comment