Saturday, December 24, 2011

-lifeless-





I'm such a jerk.



Saturday, December 10, 2011

-meaning-




(Ya Rasulullah…)

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Di angkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusiakan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu



Tajuk Nasyid : Pemergianmu
Artis : Inteam
Album : Tiada lagi kasih



Saturday, December 3, 2011

-odd-





Once in my life-time...I guess...
A great 10 days experience that off my expectation.



Friday, November 25, 2011

-apprehension-







Ya Allah~Jauhkanlah aku dari mendekati
manusia-manusia yang tak dapat diselamatkan lagi
hati serta jiwa mereka.

Yakni yang sudah gelap dan keras hatinya.
Aku takut aku terlalu lemah untuk tunduk
kepada mereka jika terdedah dengan akhlak-akhlak yang buruk.
Semoga zuriatku tidak tergolong
dari golongan seperti 'itu',inshaAllah.

*ameen*





Monday, November 7, 2011

-meaty-




Dinner.



Breakfast.

Qurban feast.



Tuesday, November 1, 2011

Sunday, October 23, 2011

-distortions-




Tricks of 'distortion'.



Before



After.



Saturday, October 15, 2011

-birus-





Another lousy week.



Friday, September 30, 2011

-life-




The Crib.



Thursday, September 29, 2011

-reservoir-




Discovering new place,
Reservoir KGSAAS, Seksyen 13, Shah Alam.



Tuesday, September 27, 2011

-retreat-






This is peace.
The one you can't ever imagine,
if your heart's not closed enough to Him.

*Subhanallah*





Friday, September 9, 2011

-carving-






Batu berlaga air.
"Bertindaklah sebelum hati manusia hitam dan beku.

Sebelum lebih keras dari batu.
Yang hanya Neraka mampu meleburkannya."






Monday, August 22, 2011

-silence-







...Cintai dalam diam jika kau belum siap menjadi miliknya yang sah…




Thursday, August 18, 2011

-freely-






Free will or will free?





Sunday, August 14, 2011

-Moreh Dash-






Pak Tam's Pohpiah Basah

Pak Tam's Pohpiah Goreng

Wak & Dudee's Apple Pies

...and last but not least, Raju's Baked Elicoidali Cheese...

Well, quite tough to shopped at Alamanda. I have to runaway in two different hypermarket to find the right ingredients. And the right price also...Carrefour - Cold Storage - Carefour...*sheeeshhh,dahla hujung ke hujung pulak tu.*
Anyway, at least I'd made it nearly possibility to find the right ingredient since I'm in Malaysia, which is not Italy. Ricotta cheese - too pricy. So I use cream cheese. Marinara? Don't have time to prepare, I just use recon spaghetti sauce. Ziti pasta(Penne) too small for me? Nah, I use Elicoidali (click here for detail). There's so much info about tubular pasta, click here for some info. Haa, it's just tubular. Yes. Not include for shells,sheets and so forth. Over hundred types of pasta known. I need to learn Italian for next 3rd language subject maybe.

Where are we again?

Oh, then after Terawikh prayer me and my brother assist for making sauce and I prepared others. Actually, I'd love to show my parents and served them, especially my dad. You know, he's very 'choosy' when it came to me about cooking. Nah, the only way for me to know either my dish is good, is when he became 'speechless' and tambah and tambah lagi...lol. Thanks dad.

Well, tonight is my special night. Everyone chill. It's an honor. An award.


Mission accomplished.



Wednesday, August 10, 2011

-LEX(02)-







...First attempt of LEX...



Monday, August 8, 2011

-searching-







...Dosa pun tidak sedikit
Pahala juga tidak sebanyak
Semangat akan tetap menjingkit
Tak mahu jiwa terus dilanyak...

...Teruslah usaha usah jemu
Untuk bekalan diakhir zaman
Kerna hanya Kau yang tahu
Perit getirku mencari iman...



Friday, August 5, 2011

-cookies anyone?-







Tempahan Edisi Terhad Sempena Hari Raya Aidilfitri

*Versi Hitam Ranum 'Dark Choc' Cookies ada dijual...

RM 28.oo/500g/80-90 biji

012-9709270 untuk tempahan or PM me ;)




-blunt-




...Lama dah tak asah...















...Boleh tajam lagi ni...



Wednesday, August 3, 2011

-waited-





Sementara tunggu abah balik...*lamanya depa neh*



Tuesday, July 26, 2011

-LEX-

Lama sudah tak berkesempatan untuk menjengah ke sini. Semenjak dua bulan menjak ni kepala dah tepu dengan habuk+asap+ketakutan yang berpunca dari lebuhraya. Ya. Lebuhraya. Hari-hari menempuh lebuhraya yang sangat menggerunkan. Mercedes-Evo-Ferrari-Lorry-semuanya berdesup dicuping telinga ibarat nyamuk dikala mahu tidur. Disamping itu juga kesesakan dan free-show sarkis, tambahan pula aksi stunt tak menjadi oleh penunggang motosikal lebih menambahkan ketakutanku. *huiiii~tak pernah setrauma ini bila berhadapan jalanraya.*

Lupakan kisah LDP. Kembali kepada topik.

Setelah sekian lama menceburi bidang digital foto slr(hampir 3 tahun rasanya) dengan lebih serius, beberapa eksperimen dan percubaan komposisi, sudah hampir melengkapkan koleksi lensa sedikit demi sedikit. InshaAllah ada rezeki bulan hadapan aku akan melamar lensa ultra-lebar(ultrawide lens). Ya. Bila disebut lensa ultra-lebar, kiri kanan sahabat handai pakcik makcik jiran serta kakak ipar akan mengatakan bahawa aku sangat berisi(loaded). Terima kasih, masin mulut kalian rezeki aku bertambah-tambah. Walhal daku sendiri sebenarnya tak dapek nak elak 'keinginan' terhadap senjata baru ini.

Tak cukup dengan itu, bulan lalu sudah pun daku melamar beberapa aksesori seperti kaki tiga(tripod) dan cecincin melangkah(step-up ring) untuk kelengkapan eksperimen baru ini. Ya. LEX. Berahi terbaru.

Segalanya bermula dari cinta-pandang-pertama daku terhadap fahaman baru ini. Dikala daku tercari-cari apakah kecintaan terbaru yang ingin dikejar, dikala dahaga keinginan mencuba sesuatu yang baru(selain HDR & modelling yang mana daku tak berapa nak minat), fahaman baru ini menerjah ke ulu hati. Suatu perasaan nyaman dan tenang bila melihat hasilnya...



...Itulah LEX...
...Long-Exposure-eXperiment...




(err...ini percubaan saja..)



Ini sekadar percubaan awal. Daku masih dalam proses pembelajaran yang lebih mendalam tentang teknik long-exposure ni. Sedang menunggu kelengkapan lain tiba. Murah rezeki daku nanti, InshaAllah masuk bulan puasa yang berkat ini daku boleh memulakan percubaan pertama diwaktu siang memandangkan waktu pejabat habis sekitar jam 5. Ada dua jam persediaan untuk daku dalam sehari,sepanjang bulan Ramadhan.

Berbuka? Tiada masalah memandangkan daku bukanlah cerewet. Dimana ada baazar, disitu ada juadah! Mahu jimat lagi? Tunggulah lagi 2-3 minit sebelum azan. Berduyun-duyun peniaga menghulurkan bantuan kepada anda! Jadi kemanisan itu lebih bermakna, memori setahun sekali yang sukar untuk dipahat.

Lokasi juga sedang diusahakan. Sukar hendak mencari pantai dan air terjun yang berdekatan dan menarik ditengah-tengah kota metropolitan ini. Mengapa pantai,air terjun? Nantikan episod seterusnya. Saja nak bagi hangpa sedikit elemen saspen...*weeeee~~~muahahaha~*


bigi : Tak sabar nak tunggu bulan puasa.

Sunday, July 17, 2011

-Harris house-





Terima kasih En. Harris & Pn. Haslinda.
Semoga kalian (dan En. Azmiza)
berjaya dalam peperiksaan LAM Pt. III,
InshaAllah.



Friday, July 15, 2011

-missing-




...Mega tak selalunya merah,
Mendung tak selalunya gelap,
Sabarlah! Hindarkan marah,
Akhir usaha manisnya berharap.

Menanti dikala terbitnya hari,
Menunggu dikala munculnya malam,
Sakit yang pedih mencengkam hati,
Percayalah pada Tuhan yang kalam

Titis embun bagai penyeri,
Hembus angin bagai terhenti,
Berusahalah! Baikkan diri,
Hingga tiba dia menanti...






Sunday, June 26, 2011

-giving not for receiving-




JADILAH SEORANG RAJA!

“Berapa lama awak dalam bidang ini?” Begitu kadang-kadang anda ditanyakan orang. Kemudian yang bertanya akan membandingkan pencapaian itu dengan pencapaian si polan itu, si polan ini. Silap-silap anda akan terasa kerdil bila si penanya akan meletakan ‘orang besar’ dalam bidang tersebut sebagai penanda aras kecapaian. Aduh, terasa anda masih jauh. Anda masih merangkak ketika orang lain telah berjalan, berlari dan melompat. Anda kalah, kalau jika sebaik sahaja perbualan itu tamat, anda mula merasakan, oh, malangnya nasib ku!

“Berapa ramai anak di universiti?” Sebaik sahaja anda menjawabnya, si penanya akan bertanya, “dalam bidang apa? Doktor, jurutera, farmasi atau arkitek?” Jika anak anda berada di bidang-bidang lain, yang tidak dianggap ‘prestij’, si penanya akan menerangkan betapa ‘rendahnya’ nilai profesion anak anda itu jika bidang pengajiannya ‘biasa-biasa’ sahaja. Jika tidak berhati-hati, rasa rendah hati akan tersuntik tanpa disedari. Alangkah bertuahnya dia, alangkah ruginya aku…

Itu belum lagi anda bertemu dengan ‘pak lawak’ yang merasa besar hanya kerana punya kenalan di kalangan ‘orang-orang besar’. Anda seperti hendak ketawa bila dia bercerita tentang Tan Sri itu, Puan Sri ini, Datuk ini, Datin itu, yang kononnya sangat akrab dengannya. Padahal dia hakikatnya hanya ‘pecacai’ sahaja kepada orang besar yang diuar-uarkannya itu. Keinginannya menjadi besar menyebabkan dia ‘kecil’ bila hilang harga diri dan suara hati sendiri ketika bergaul dengan ‘orang besar’nya. Angguk-angguk, tunduk-tunduk… Ya, Tok! Yes, Tan Sri!

Perkara-perkara yang saya sebutkan di atas, mengingatkan saya kepada perbualan bersama Mat (bukan nama sebenar) seorang sahabat yang sangat akrab dengan saya.

“Bagaimana rasanya bila tidak dihargai?” tanya Mat. Nadanya sedih.

“Mengapa?” tanya saya simpati.

“Mereka masih melihat jawatan, harta dan nama.”

“Kau tidak perlu penghargaan mereka yang seperti itu.”

Dia merenung jauh.

“Kalau kita dihargai kerana berpangkat, berharta dan bernama, penghargaan itu hakikatnya bukan untuk kita tetapi untuk pangkat, harta dan nama.”

“Tetapi aku sedih… Setelah sekian banyak yang aku lakukan.”

“Jangan mengharap terima kasih Mat. Nanti kita sakit jiwa. Hakikatnya, majoriti manusia yang hidup di dunia ini tidak pandai berterima kasih. Jika kepada Allah pun hanya sedikit manusia yang mampu bersyukur, inikan pula kepada sesama manusia,” kata saya seakan memujuk.

“Aku sedih, itu sahaja…”

“Lupakan Mat. Aku kenal kau sejak dulu. Kau tak perlukan penghargaan kerana kau sememangnya berharga. Kata bijak pandai, jangan sedih kalau kita tidak dihargai tetapi sedihlah jika benar-benar kita tidak berharga.”

Mat mendongakkan mukanya yang sejak tadi tunduk.

“Apa maksud kau?”

Melihat Mat mula tenang saya mula bercerita. Ada dua cerita, secara santai saya mula bercerita: Pertama, cerita tentang Nasiruddin seorang Sufi yang ketika dia masuk ke sebuah kampung, seluruh kampung mengalu-alukan kedatangannya.

“Selamat datang ulama, selamat datang orang alim… Ajarkan kami, ajarkan kami,” sorak penduduk kampung.

“Mengapa kamu semua merasakan aku orang alim?”

“Kerana serban besar yang tuan pakai.”

Nasiruddin pun membuka serbannya dan dipakaikan ke kepala keldai yang ditunggangnya.

“Nah, sekarang kau semua belajar daripada keldai ku. Dia alim sekarang, kerana telah memakai serban besar!”

Mat ketawa mendengar cerita saya.

“Kau tahu, Nasirudin tetap Nasiruddin walaupun tanpa serbannya. Yang lebih penting ialah diri kita bukan pakaian, gelaran dan harta yang kita miliki. Dan kita sebenarnya tidak perlu penghargaan orang asalkan kita pandai menghargai diri kita sendiri.”

“Betul ke?”

“Ini hasil kajian pakar psikologi Mat… Menurut mereka penilaian kita terhadap diri sendiri jauh lebih penting berbanding penilaian orang lain terhadap kita.”

“Jadi, jangan sampai penilaian orang lain mempengaruhi penilaian kita terhadap diri kita sendiri, begitu maksud kau?”

“Kau lebih tahu Mat. Lagipun apa gunanya penghargaan daripada orang yang sebegitu. Hidup terlalu singkat untuk kita berikan masa bagi mereka yang semacam itu.”

Cerita kedua: Seorang bijak pandai telah dijemput ke satu majlis jamuan makan. Dengan pakaian yang sangat sederhana bijak pandai itu pun pergi ke sana. Malangnya, setibanya di majlis itu dia tidak dijemput langsung untuk makan. Tuan rumah mengutamakan orang-orang kenamaan yang lain. Si bijak pandai pulang semula ke rumahnya lalu menukar pakaian yang mahal dan gemerlapan dan pergi semula ke majlis tersebut. Kali ini dia disambut dengan mesra dan dihidangkan makanan yang lazat. Si bijak pandai lantas menuangkan lauk-pauk dan makanan yang terhidang ke pakaiannya. “Mengapa?” tanya orang ramai. Si bijak pandai menjawab, “tuan rumah hendak menjamu pakaian ku bukan diri ku!”

Sekali lagi Mat ketawa.

“Mat, orang pandai kenal orang bodoh. Tapi orang bodoh tak kenal orang pandai. Life is to ‘complete’ not to ‘compete’ – hidup bukan satu pertandingan, tetapi satu perkongsian. Tinggalkan mereka yang asyik nak bertanding dengan harta, nama dan jawatan. Kita teruskan dengan perkongsian ilmu, iman dan kebajikan. Yang penting ikhlas. Memberi bukan untuk menerima. Berjuang bukan kerana nama!”

Kemudian, giliran Mat pula bercerita – betapa ramai anak yang begitu ‘admire’ dengan Ibu Mithali yang dinobatkan oleh pihak itu dan ini sehingga mengecilkan jasa ibu sendiri. Kononnya, ibu Mithali itulah yang lebih baik daripada ibu mereka sendiri. Dan betapa ramai pula ibu yang impikan anak seperti mereka yang dianugerahkan ‘Pelajar Cemerlang’, ‘Remaja Dedikasi’ dan sebagainya… hingga merasakan anak sendiri kurang ‘harga’nya.

“Apa pesan awak untuk anak dan ibu seperti itu?”

“Aku katakan, ibu kita mungkin bukan ibu yang terbaik… tetapi sebagai anaknya, kita mesti nampak di mana kebaikan ibu kita sendiri.”

“Tepat Mat. Begitulah juga dengan diri sendiri. Kita ini bukan orang terbaik, tetapi kita mesti menghargai ‘kelebihan’ atau ‘kebaikan’ kita sendiri. Kita akan memajukan diri kita ke tahap maksimum selaras dengan kelebihan itu.”

“Ertinya kita bertanding dengan diri sendiri?”

“Betul tu, bertanding dengan diri sendiri, berkongsi dengan orang yang lain.”

Oh, alangkah tenangnya diri jika berpegang kepada prinsip sendiri daripada terpaksa hidup bermuka-muka dengan topeng yang dipakai oleh kepura-puraan manusia… hanya untuk mencari nama, harta dan jawatan. Saya teringat cerita seorang Raja bertanya kepada seorang petani miskin, “siapa kamu?”

“Saya raja,” jawab petani.

“Raja?”

“Ya, raja pada diri saya sendiri!”.


APABILA DITIKAM DARI BELAKANG…

-gentarasa-







"..Jangan sedih kalau kita tidak dihargai,
tetapi sedihlah jika benar-benar kita tidak berharga..”



Wednesday, June 22, 2011

-oranges-





Bulan itu jingga. Oh 'Jingga'.



Thursday, June 9, 2011

-words-





Appearance lits light of smile.



Wednesday, June 1, 2011

-double-sixthple-




...dahulu...

B -----> A



...kini...


B -----> C



*Jauh perjalanan, luas permandangan*



Friday, May 27, 2011

-value-




...Manusia...






...Yang paling penting ialah...

"HATI!"



Wednesday, May 25, 2011

-colorful-





Bad things always came after good things.



Proof?






Watching movie Fast Five yesterday.
Awesome.



Got sms from Puan Mumtazah.
"Saya tengah meeting sekarang. Boleh lapor diri."
Awesomeness.



Sampai kat motor,






................................



Wednesday, May 18, 2011

Sunday, May 15, 2011

-present-





...Sabar itukan manis rasanya...



Friday, May 6, 2011

-forgiving-







...Happy Mother's Day mak...



Wednesday, May 4, 2011

-reversible-




Yosh. Lama dah tak ambil kisah tentang update terbaru. Draf makin lama makin menimbun, kalau jadi editor dah lama aku quit sebab banyak column tak publish, hahaa. Jadi, seperti biasa lepas habis paper, takda aktiviti menarik selain talk by Chiaki Arai yang sungguh nyenyak dalam dewan kuliah yang sejuk beserta penghawa dingin yang menyelimuti diri. Sebab 'english' dia pun macam aku, so aku pahamla perasaan audience bila aku bercakap...kot. By the way, nice-sexy-concrete Mr. Chiaki!






Malam menjelma, dapat panggilan dari adik aku, minta aku ke DEMC(Darul Ehsan Medical Centre) jika ada kelapangan. Oh, kak Zila dah terberanak rupanya petang tadi. Bolehla, aku pun belum makan lagi(boleh jimat ni,hihii..). Tapi DEMC tu kat mana? Belakang wisma PKPS? Sejak bila ada bangunan hospital kat situ...?



(ghembat sapa punya tah..)


Dari setudio merempit sampai sana baru aku percaya dengan mata kepala aku, memang ada. Baru dipindahkan kata Busu. Wah...berapa lama daa aku tak keluar tempurung...

Lepak kejap je, ingatkan ramai datang. Pukul 930 gerak balik...tapi pusing-pusing sekitar Shah Alam dululah alang-alang dah kat luar ni. Nyaman. Berhenti depan dataran. Berhenti depan masjid. Berhenti depan tasik. Berhenti kat Seksyen 2. Berhenti...oh? Dah kat setudio...

Awal lagi. Marathon movie 2-3 ketul. Lepas tu termenung. Selongkar folder-folder lama, bersihkan apa yang patut. Termanggu sebentar. Terjumpa benda ni. Muhasabah diri. :)







*shame*



Monday, April 25, 2011

-suffocate-




...Finally...



Tuesday, April 5, 2011

-animalism02-






The product.

Rendered by Vray for Rhino.

Now wait till next Monday for physical model
generate by rapid prototyping machine(3d printing).

Cool eh? Sayangnya FSPU sangat 'dhaif' berbanding
fakulti-fakulti lain seperti medic, engineering and so forth.
Yang ada hanyalah bengkel kayu yang penuh dengan kaenah
birokrasi kalau nak pakai. Tadi aku pi ngan Rengos kat bengkel
mechy camtu ja,tak dak la nak kena buat surat ka apa.

Poor us.