Wednesday, March 31, 2010

-tolerance-

...*yawn~~~...oh?










...some how...










...I should stop publishing I think...










...49's already? That is quite large of
numbers...20,000 plus for 5 month...










...no wonder...no wonder...

Sunday, March 28, 2010

-bulb-

Some questions appears in my mind about this. I'll upload in my bulogs, so you all can view the actual pixel to see the annoying 'dotted' called....


22 mins exposure


...'HOT PIXEL'...


12 mins exposure

Seriously...it's TOTALLY ANNOYING when it appears in super-long-exposure...


...But how to fixed it?Nah, I've found the articles about how to reduce the 'hotpixel'. But how to prevent it? Is it all about CCD? Nope. Nothing. Even all of professionals said JUST IGNORE IT. It is natural due to leakage when the temperature increase. See more in the link. Another question is...I don't know why, for my first shot, the shutter down on its own. And time exposure stated that only 1799.9 sec. Is it bulb setting has exposure limitation? Bluerghhh....

What to do? Just potatochop lah...thats it! :)

Saturday, March 27, 2010

-finding-

Yeah...one of the problem is...






You can't express yourself DIRECTLY, am I right?






Is it a problem?

Thursday, March 25, 2010

-storm-

I've been silence on the way to our village yesterday...there's a lot thing(s) surround in my mind. Most of about what do I do in my past life till now. Since I was born....then how my entire environment 'raised' me to be like me today. I am really grateful. Nothing can paid for what they have done to me. Now it's my turn to replace their responsible.

Too many things my father told me about the 'crisis' of late Nek Teh's family... about respect... about siblings... compromising... shalat... payback... duniya...akhirah... and all those reflected in my mind towards my future...

I have to take-a-really-good-care about my siblings. I know the 'disasters' if all of us fighting each others. I have seen it....by my experience...it's really doomed...


...my brain gonna blow...maybe I think damn too much...*sigh*(hey!dont sighing remember!)


Thanks again to my father about your 'reminder'...a lot to learn...Thanks Allah for 'these' gift for me...MashaAllah...

Wednesday, March 24, 2010

-honoured-

I am a person...human indeed.
I can forgive people easily
But please don't take advantages on me
I don't like to hate people
I do respect people for those who respect people
The question is...
is it hard to 'thank' for what people have sacrifices for you?
I don't want much
It's enough just 'pay' me a sincere 'Thank You'...and I will be pleased and motivated
Unfortunately...yeah,that's you
Either I just ignore it or accepted or what so ever
May Allah still made me like this and He will paid for you...
...Wallahu'alam...


mr_bread said: Wahai Tuhanku kurniakanlah kepadaku kesucian hati..sesungguhnya Engkaulah yg menyucikan..Engkaulah Pemimpinku...ameen

Monday, March 22, 2010

-rescued-

Pabila anda diuji,jangan sesekali merungut...

Kerana bantuan pasti akan tiba bagi orang-orang yang sabar...

...Alhamdulillah...

...Subhanallah...

...Allahuakhbar...

...Laa'ilaha'illallah...

Thursday, March 18, 2010

-feel-




Instinct................
Is it rely on how you 'calculate'
the logic's and summarize the possibility?
Sometimes I thought it would became
strong with 'experience' also...most...

Wednesday, March 17, 2010

-course-

Sometimes...

...I felt...

I've lost my identity...

Thursday, March 11, 2010

-okonomiyaki-


okonomiyaki (rajoo style)


Sos takoyaki? Mana nak cari?
Cari dalam internet. Murah ar tu, US$4.75...cuba tengok shipping berapa...

Price after shipping: $59.75

Ambik nak! Gila! Cari punya cari resipi sos Takoyaki, nasib baik jumpa. Tapi dasyhat jugakla bahan2nye. Sake(rice wine),mirin(sweet wine),worchershire...benda2 yang boleh melambatkan lagi progress eksperimen. Bonito,dashi? Nanti aku fikirkan...

Malam tu, aku survey lagi style-style selain dari Hiroshima seperti Osaka, Tokyo, Kyoto...dan bahan2nye aku dapati aku boleh renovate lagi memandangkan di Malaysia ni mane femes makanan Jepun. Oleh itu aku menggantikan sake dengan cuka beras, mirin dengan air rumpai mekah, bonito dengan udang kering halus. Ape2 pun fokus terhadap pembuatan sos tu penting.
Eksperimen bermula dengan bantuan adik aku. Godek-godek-godek. Dalam pada tu sempat lagi tambah komponen2 rahsia. Dan adik aku dengan yakinnya mengatakan bahawa sos tu sedap! Pergh...aku punya cuak takut tak jadi, alhamdulillah stage pertama berjaya.

Stage kedua.

Lepas racik kobis halus2,pukul telur dan campak2 rempah2 ape yang patut, godek-godek-godek lagi. Proses bermula. Agak leceh sebab keadaan fizikal kuali+dapur tersangat micro. Aku guna perkakasan dengan se'optimum' yang mungkin je. Pasrah.

Eksperimen pertama. Bapak aku yang selama ni tidor awal, tetibe je malam ni rajen melayari laman sesawang muka buku beliau. Rupa-rupanya nak test rase, hahahaa. Semua isi rumah menjadi juri. Komen positif. Cuma kurang pedas dan sos letakla banyak sikit...kate bapak aku. Ok. Masih ada bancuhan kedua...

Kali ni aku reno sket lagi. Tambah cili api. Sosej(ganti hirisan daging sebab malas nak defrost) hiris nipis2 lagi. Beberapa ketika, hidang atas pinggan...aku goreng udang kering tanpa minyak(tadi lupa nak letak) sampai garing. Sambil tu aku sapu sos lebih sket, mayo dan tabur udang kering atas bahan masakan. Berdebar-debar jugak ni. Suap satu kali...

Rase macam ade pesta bunga api kat belakang aku. Dasyhat. Lebih kaw dari tadi! Dengan eksaited aku post [okonomiyaki - success]...tetibe teringat si Ikhwan. Tahun lepas dia kempunan. Bakar suh dia datang...datang sungguh! Anda memang kelakar.


Dengan respon positif dari para juri, aku berjaya! Thanks to all!


sementara tunggu juri sampai

...datang jugak tu!kempunan eksperiment aku tahun lepas ar nih..hahah...

hahaa..awek dah call...

...last kopek...

dashyat ah ko wan...neway thanks a lot.sanggup datang walau esok ade crit!hahaha~


Sekian.

Tuesday, March 2, 2010

-keajaiban hati-

KEAJAIBAN HATI - by Ustaz Zahazan
Today at 9:36am

Hati ataupun dalam bahasa Arab dikenali sebagi Qalbun merupakan pusat kawalan segala perlakuan manusia. Manusia melakukan maksiat berpunca daripada hati yang kotor kerana dihinggapi berbagai-bagai penyakit yang memudaratkan. Ramai orang gagal mengawal diri lantaran hati tidak bertindak sebagai pembimbing kerana manusia suka mengikut bisikan nafsu dan jarang-jarang menggunakan pertimbangan akal sebelum melakukan sesuatu.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Syu’ara ayat ke 88-89, maksudnya :

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); Ibnul Qayyim menjelaskan dalam tafsirnya, dari Ibn Abbas r.a maksud hati yang selamat sejahtera adalah individu yang mempunyai aqidah yang mantap dalam diri dan melakukan ibadah selari dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Rasulullah SAW: “ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati.”( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Justeru apabila hamba berkulit hitam yang bernama Luqman al-Hakim diperintahkan oleh tuannya untuk membawa bahagian yang paling baik dari seekor kambing yang telah disembelih maka Luqman membawakan hati dan lidah.Demikian apabila diminta membawa anggota yang paling buruk maka Luqman masih lagi membawakan bahagian yang sama.Rasionalnya dari tindakan itu adalah lelaki hitam yang diberikan ilham ini ingin memberitahu manusia kepentingan penjagaan hati agar ia selari dengan kehendak Allah.Apabila ia selari dengan kehendak tuhannya, maka segala tindak tanduknya adalah hasil dari bisikan Allah yang dicampakkan ke dalam hatinya itu.Salah satu dari biasan hati yang bersih yang mendapat panduan Allah adalah lidah yang mengungkapkan kebenaran.

Antara riyadah atau latihan yang sering dikemukakan oleh para ulama akhlak untuk membimbing hati kea rah ketaqwaan ialah kita hendaklah sentiasa melatihnya agar sentiasa sukakan kebaikan. Jika kita telah melakukan sesuatu perbuatan yang berupa maksiat, hati itu mestilah melalui proses mengubat dan mendidik hati semula. Kerana hakikatnya menurut hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Huzaifah apabila melakukan maksiat, hati akan ditimpa titik hitam. Jadi ia Hati perlu dibebaskan semula dari kekotoran maksiat yang berbekas di padanya itu.

Hati yang baik dan bersih akan memberi arahan kepada anggota tubuh badan yang lain agar sentiasa berbuat kebaikan dan meninggalkan segala keburukan.
Bagi mengubat dan menghidupkan hati, hendaklah jauhkan hati daripada segala racun yang boleh merosakkan dan membunuh hati secara senyap tanpa disedari.

Bagaimana hendak mengubati hati sedangkan ia tidak dapat dilihat? Hati yang sakit akan mati jika tidak diubati. Untuk mengubat hati, hendaklah sentiasa berbaik sangka sesama manusia. Orang yang berbaik sangka akan mendapat pahala kerana terang hatinya dan tidak dicemari dengan sifat yang keji. Tidak perlu bersusah payah memikirkan hal yang tidak berfaedah dan tidak pasti kebenarannya. Selain itu, buanglah segala sifat hasad dengki yang bersarang dalam hati. Hati juga akan terubat dengan mengamalkan senyuman agar yang sentiasa terpancar di wajah kita. Wajah orang yang tersenyum akan kelihatan ceria, tenang dan segar sentiasa.Dalam hadis yg sahih Nabi saw bersabda : Janganlah kamu memperlecehkan amal salih walaupun yg mampu engkau lakukan adalah bertemu dgn sahabatmu dgn wajah yg ceria.
Di samping itu, kita juga hendaklah membuang segala sifat sombong, ujub, riyak, takabbur dan bongkak keranasifat ini bukan sahaja dibenci oleh Allah, malah seluruh manusia. Hiasilah diri dengan sifat pemaaf untuk mengelakkan persengketaan, kerana setiap manusia itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dalam hidup. Sifat ikhlas hanya mengharapkan keredaan Allah mampu membersihkan hati kita daripada sifat mazmumah yang lain. Muslim perlu memahami bahwa sebenarnya kebaikan diri & mahmudah hanya akan dapat bertahta dalam diri selepas membuang perangai2 buruk yg dikenali sebagai mazmumah itu.

Hati juga dapat dididik ke arah kebaikan apabila kita membiasakan diri menghadiri majlis ilmu, kerana orang yang sentiasa menghadirinya akan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah melalui barisan malaikat yang membanjiri majlis ilmu untuk mengampunkan dosa-dosa mereka.

Selain itu, menurut Ibrahim al-Khawas dalam sebuah nasihatnya, penyucian hati juga akan berlaku apabila kita sentiasa berzikir mengingati Allah, membaca al-Quran dan melakukan tahajjud pada malam , bergaul dengan orang-orang yang salih dan mengamalkan puasa sunat secara istiqamah.

Beruntunglah bagi sesiapa yang berjaya memiliki hati yang berunsur baik kerana dia bukan sahaja akan menjadi orang yang taat dan beriman malahan mempunyai akhlak yang mulia.Selalulah berdoa seperti yang dianjurkan oleh Nabi saw, maksudnya : Wahai Tuhanku kurniakanlah kepadaku kesucian hati..sesungguhnya Engkaulah yg menyucikan..Engkaulah Pemimpinku ...


(source: ustaz zahazan's note)