Lama sudah tak berkesempatan untuk menjengah ke sini. Semenjak dua bulan menjak ni kepala dah tepu dengan habuk+asap+ketakutan yang berpunca dari lebuhraya. Ya. Lebuhraya. Hari-hari menempuh lebuhraya yang sangat menggerunkan. Mercedes-Evo-Ferrari-Lorry-semuanya berdesup dicuping telinga ibarat nyamuk dikala mahu tidur. Disamping itu juga kesesakan dan free-show sarkis, tambahan pula aksi stunt tak menjadi oleh penunggang motosikal lebih menambahkan ketakutanku. *huiiii~tak pernah setrauma ini bila berhadapan jalanraya.*
Lupakan kisah LDP. Kembali kepada topik.
Setelah sekian lama menceburi bidang digital foto slr(hampir 3 tahun rasanya) dengan lebih serius, beberapa eksperimen dan percubaan komposisi, sudah hampir melengkapkan koleksi lensa sedikit demi sedikit. InshaAllah ada rezeki bulan hadapan aku akan melamar lensa ultra-lebar(ultrawide lens). Ya. Bila disebut lensa ultra-lebar, kiri kanan sahabat handai pakcik makcik jiran serta kakak ipar akan mengatakan bahawa aku sangat berisi(loaded). Terima kasih, masin mulut kalian rezeki aku bertambah-tambah. Walhal daku sendiri sebenarnya tak dapek nak elak 'keinginan' terhadap senjata baru ini.
Tak cukup dengan itu, bulan lalu sudah pun daku melamar beberapa aksesori seperti kaki tiga(tripod) dan cecincin melangkah(step-up ring) untuk kelengkapan eksperimen baru ini. Ya. LEX. Berahi terbaru.
Segalanya bermula dari cinta-pandang-pertama daku terhadap fahaman baru ini. Dikala daku tercari-cari apakah kecintaan terbaru yang ingin dikejar, dikala dahaga keinginan mencuba sesuatu yang baru(selain HDR & modelling yang mana daku tak berapa nak minat), fahaman baru ini menerjah ke ulu hati. Suatu perasaan nyaman dan tenang bila melihat hasilnya...

...Itulah LEX...
...Long-Exposure-eXperiment...
...Long-Exposure-eXperiment...
Ini sekadar percubaan awal. Daku masih dalam proses pembelajaran yang lebih mendalam tentang teknik long-exposure ni. Sedang menunggu kelengkapan lain tiba. Murah rezeki daku nanti, InshaAllah masuk bulan puasa yang berkat ini daku boleh memulakan percubaan pertama diwaktu siang memandangkan waktu pejabat habis sekitar jam 5. Ada dua jam persediaan untuk daku dalam sehari,sepanjang bulan Ramadhan.
Berbuka? Tiada masalah memandangkan daku bukanlah cerewet. Dimana ada baazar, disitu ada juadah! Mahu jimat lagi? Tunggulah lagi 2-3 minit sebelum azan. Berduyun-duyun peniaga menghulurkan bantuan kepada anda! Jadi kemanisan itu lebih bermakna, memori setahun sekali yang sukar untuk dipahat.
Lokasi juga sedang diusahakan. Sukar hendak mencari pantai dan air terjun yang berdekatan dan menarik ditengah-tengah kota metropolitan ini. Mengapa pantai,air terjun? Nantikan episod seterusnya. Saja nak bagi hangpa sedikit elemen saspen...*weeeee~~~muahahaha~*
bigi : Tak sabar nak tunggu bulan puasa.