Saturday, October 24, 2009

-dilemma-

Kini...keempat-empat muncul dalam jiwa...

Emloh...
Nampu...
Palux...
Triban...


Arghhhhh...hati Bigi kesesakan bagai kaca terhempas ke batu....




Wednesday, October 21, 2009

-abejama-

**********************************************

...Siapa lagi ingin kumiliki...

...Setelah semua putih warna pelangi...
...Tiada kejora dilangit yang tinggi...
...Tentunya pada-Mu Tuhanku yang kalam...
...Aku persembahkan...
...Segala duka satu keindahan...
...Semua cinta satu kedamaian...

**********************************************

Monday, October 12, 2009

-Triban [episode 2]-

Apakah berita yang bakal menanti Bigi? Adakah berita baik ataupun buruk?Mari kita saksikan sambungan drama yang paling tragis diabad ini...



Selesai sahaja melepaskan penat dan memandikan diri, Bigi dengan hari girang menghadap komputer melayari internet tanpa mempedulikan game DoTA abang beliau yang sedang loading, ctrl+alt+del....TUPPP! Berserta caci-maki abangnya menahan geram terhadap Bigi yang bodoh-bodoh alang. Bigi masih angau dilamun cinta, tidak sedikit pun dalam fikiran beliau bahawasanya berita buruk yang bakal menjelang...kasihan...

Seperti biasa, Bigi selalunya berdating dengan Palux melalui saluran Mudah.com dan juga Lelong.com, pengkalan data pencarian jodoh yang semakin popular dikala ini, di situ juga jodoh mereka bertemu tanpa dijangka. Penantian demi penantian, Bigi berusaha mencari Palux dalam chat room...namun Palux tidak muncul-muncul. Ah sudah, Palux lupa ke nak online malam ni? Ke P1 wimax dia kena potong? Bigi tetap berfikiran positif. Sementara menanti Palux muncul dalam chat room, Bigi meluangkan masa mencari 'hantaran' yang sepadan dengan Palux jika dia mahu melamar kelak.

Wah~yang ni ok gak, Bigi berkira-kira dalam hati sambil melihat contact lens 50mm AF f1.8D. Pasti Palux gembira kalau aku hadiahkan padanya, Bigi syok sendiri...kasihan Bigi. Ada juga contact lens yang baru, dan powernya lebih tinggi dari spec mata Pok Nik. Akan tetapi Bigi tidaklah sekaya dan semewah ketua puaknya yang senang-senang je beli beca 2nd hand berharga RM80 000. Pendapatan Bigi hanyalah kais pagi makan pagi, kais petang kadang-kadang tak makan. Oleh itu Bigi berharap agar Palux sedia menerimanya dengan seadanya.

........Dua jam berlalu.........

Ah, dalam tak sedar dah dua jam dah...mana si Palux ni? getus hati kusam Bigi. Abangnya sudah keluar dek menyampah dengan janji-janji 'sekejap je' Bigi yang berlarutan sehingga berjam-jam. Bigi melihat jam, tak mungkin. Bigi melihat inbox akaun emel beliau...terdapat satu private message dari chat room Lelong.com...

Kedengaran bunyinya seperti begini...

" Kepada abang Bigi...ketika abang membaca watikah ini, Palux sudah berada jauh dari sini. Palux telah dipinang oleh seorang jejaka yang kaya. Beliau telah bersungguh-sungguh dan secara tergopoh-gapah meminang Palux. Palux meminta maaf atas segala apa yang terjadi. Apakan daya Palux tidak mampu menolak kata orang tua. Palux tahu, abang bersusah payah mengumpulkan wang untuk meminang Palux. Tetapi bakal suami Palux kini lebih berada, dengan sekelip mata beliau meletakkan hantaran 'gedebuk' tanpa meminta sebarang 'nego'. Palux minta maaf...Palux tak mampu berbuat apa-apa. Sekian...salam maaf dari dinda..."


Bigi merasakan dunia ini bergoncang, hatinya berderai, kelopak matanya terasa bergenang...lalu...


Paaaaallluuuuxxxxx!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Bigi menjerit didalam hati. Sebak rasanya apabila mendapat berita sebegitu rupa. Dibaca berkali-kali dengan harapan bahawa ini hanyalah mimpi semata-mata, dihenyak badan ke lantai, sambil meramas-ramas rambut dengan rasa sedih yang tidak dapat dirungkai. Mengapa??? Mengapa golongan-golongan atasan seperti mereka sanggup merampas kebahagiaan orang lain??? Mengapa 'janda' aku juga yang ditekelnya?? Punyalah berlambak gadis2 dan anak2 dara yang masih bergetah untuk dijadikan calon, 'janda' aku juga yang dikebas? Mengapakah wujudnya diskriminasi dalam dunia ini? Apa kejadahnya budak-budak seko...eh? Dah lari topik ni... Ah!!!! Dunia ini memang kejam! Tanpa mempedulikan zip seluarnya yang tidak ditutup sepenuhnya, Bigi mencapai kunci motosikalnya dan merempit ke tempat persembunyiannya untuk melepaskan kecewa dihati...

Lokasi : tepi highway Plus

Bigi menghembuskan ganja tiruan berperisa vanilla buat kali kelima. Hatinya kian reda tetapi masih terparut. Bigi memandang ke langit, mengimbau perasaannya jika dirinya kepunyaan Palux, pasti mereka akan bersama-sama ketika ini menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan yang Maha Agung. Namun harapan hanya tinggal harapan... "Tidak kesampaiaaaaannnn~cinta kitaaaaa~~~kubawa haaarapaannn ku peeenndam rahsiaaaaa...." iringan lagu yang tak seberapa sedap dendangan Bigi ketika itu. Bigi hanya pasrah. Tidak ada apa yang boleh dilakukan selain hanya berserah pada takdir. Mungkin Palux bukan jodoh Bigi, begitu juga dengan Nampu. Bigi cuma mampu berserah...Longlai memerah pedal motosikalnya ke rumah.

Beberapa hari selepas itu...

Bigi sudah pulih sepenuhnya. Beliau sudah semakin matang dalam menjalani kehidupan seharian. Wang simpanannya disimpan sebaiknya, dan tidak lagi beliau tergopoh gapah mencari jodoh. Pernah juga sekali sekala beliau terserempak dengan Nampu(kini telah menjadi janda,padan muka kau!), namun sebelah mata pun tak diheran dek Bigi. Beliau kini hanya berserah pada takdir, kalau ada tu adalah...Bigi hanya tersenyum bila ada beberapa gadis2 dari puak Mariam datang menguratnya. Hello, aku lebih suka pada puak2 Nee'qon...depa lagi cun dan berakhlak, sindir Bigi pada gadis2 puak Mariam.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari sedang Bigi melayari ruangan chat room Lelong.com, Cupik yang kian lama perasan bahawa abangnya sedang kesedihan dan kesunyian berkata, Bang Bigi, hari tu Cupik ade terjumpa dalam suratkabar, ade awek cun. Comel, lagi bagus daripada Nampu. Setakat Nampu tu apelah sangat, dahla xreti sidai kain, awek baru ni mantap. Dada 3" beb, Nampu baru 2.5" ...Mane ko tau? Bigi menafikan kenyataan adiknya kerana tidak pernah Bigi mendengar cerita tentang 'awe' baru tersebut. Betul bang, xcaya tengok ni! Cupik menyelak suratkhabar semalam yang dah berselaput dengan nasik Mak Teh semalam. Haa, tu...cube tengok...hehehee, Cupik hanya tersengih apabila melihat Bigi yang tercengang-cengang melihat kehebatan awek baru dari Jepon(yeke?) tersebut. Uhhhhh~~~hanya itu yang termampu Bigi ucapkan setelah melihat kriteria-kriteria yang terdapat pada awek tersebut. Uhhhhh~~~lagi sekali Bigi mendengus. Uuuuhhhhh~~~~(woi!woi!dahla tu!lebih2 plak!). Sape name dia ni?

...Triban...

Bigi tersenyum riang. Terpancar dari wajahnya seribu dua ratus lima puluh tujuh kegembiraan dan kebahagiaan dari celah-celah lesung pipit cacatnya itu. Bigi melihat dengan teliti setiap sudut tubuh Triban dan ciri-ciri kejepunan yang terdapat pada gadis tersebut. Tri-chan...secara spontan nama timangan jepun itu terpancar dari bibir Bigi. Dan selama beberapa minit tubuh Bigi juga seperti kaku tidak bernyawa...ibarat pungguk rindukan bulan, tetiba 'gedebuk' bulan jatuh ke riba...amacam? Boleh bayangkan tak?


nantikan sambungannya selepas ini...sori r weh :D

Wednesday, October 7, 2009

-Triban-

Sesudah dikira, masih belum mampu lagi untuk Bigi melamarnya. Isk...bilala aku boleh masuk minang ni? Dahla awek lama aku orang lain kebas, tak sempat aku nak buat proposal,prepare ape2 tup-tup dah ade orang masuk minang Nampu. Kalu setakat bertunang takpe jugak, tau2 je dah nikah! Bila masa diorang nikah? Saket hati betul...dari jauh Bigi hanya mampu melihat muka 'laki' si Nampu yang tersipu-sipu kemiangan~grrrr. Sedih dan pilu hati Bigi terkenangkan betapa sayangnya dia pada Nampu. Sudahla awek melepas, yang mengebasnye tu pulak penolong Ketua Puak pulak tu! Namun apekan daya, Bigi hanyalah kuli yang bertaraf SPM. Belajarnya belum tamat, dan ketuanya mempunyai sumber yang agak tinggi. Bigi hanya mampu berserah pada takdir...

Beberapa hari selepas itu, ada juga Bigi pergi ke bandar-bandar sesawang untuk mencari jodoh. Setelah melayari beberapa kayuhan, hati Bigi merasakan seperti terserempak dengan Nampu...Ah? Nampu kah itu? Bigi mendekati secara perlahan-lahan...namun sangkaannya meleset. Ternyata Nampu lebih hot dan berbaloi untuk dimiliki (sikit jela,xbyk mane pon). Akan tetapi bagi Bigi, 'gadis' baru ini mirip-mirip Nampu, cuma ada sedikit kekurangan namun bagi Bigi, itu tidak menjadi masalah pada beliau kerana bagi Bigi, itu pun sudah mencukupi untuk merawat duka dihati.

Lalu Bigi berkenalan dengan 'gadis' yang baru ditemui itu....

" Palux "

Tidak kurang seperti Nampu, Palux juga mampu memberi saingan, tidak seperti sangkaan Bigi yang menganggap Palux ni macam orang kampung. Setelah seminggu berkenalan, ternyata Palux mampu merubat duka dihati. Bigi kembali ceria setelah mengetahui Palux mampu membahagiakan beliau kelak walaupun sudah memegang title 'janda'. Kasihan Palux, tidak sampai setahun, yakni 6 bulan perkahwinan mereka tidak mendapat restu. Palux telah diceraikan dengan talak tiga sekaligus kerana bekas suaminya telah berkahwin lain dengan gadis yang lebih muda dan bergetah. Tetapi Palux sedikit pun tidak merasa kecewa, kerana beliau memang pasrah dengan lumrah dunia. Lagipun sepanjang perkahwinan mereka Palux dijaga dengan baik sekali, malah beliau merasa bersyukur dan berharap agar gadis baru tersebut merasa bahagia disamping suami yang baik hati.

Dua bulan berlalu, seminggu sekali Bigi akan berdating dengan Palux dilaman sesawang sambil berborak mesra kerana kedudukan mereka jauh skali, dan sukar untuk berjumpa. Tambahan pula, Bigi sibuk menguruskan hidup untuk mengumpulkan wang bagi merealisasikan impian mereka berdua. Kadang-kadang adajuga masa terluang Bigi akan mencari hadiah dan barang kemas yang istimewa untuk melamar Palux kelak.

Pada suatu hari, Bigi merasakan tidak sedap perut. Meraba-raba dia ke tandas untuk melepaskan segala tekanan yang bermaharajalela di keliling cecincin otot2 punggungnya. Praaauuuuu!!!!! Dengan sekelip mata mangkuk tandas yang putih bersih bertukar warna. Rupa-rupanya Bigi makan nasik basi semalam, bekalan rumah terbuka yang dipanaskan kembali. Hampehhh...menyesal aku, gerutu Bigi dalam hati sambil mukanya berkerut-kerut menahan pulasan usus.

Seminggu kemudian, Bigi bersiap-siap untuk berdating setelah selesai waktu kerja. Setengah jam berlalu dari masa yang telah dijanjikan, Palux tidak muncul-muncul. Mungkin tenet dia ade problem kot, bisik hati Bigi...nak sedapkan hatila konon....

Sejam berlalu...wahhh!! Dah nak maghrib!! Mane pegi janda nih? Bigi tetap berfikiran positif. Mungkin dia buat OT kot, sebab bos dia bayar OT, tak macam bos aku. Hmmm...Bigi pon bersiap-siap untuk pulang dengan rasa kecewa di hati...sambil meninggalkan 'offline message' kepada Palux yang dirindui.

Sepanjang perjalanan ke rumah, fikiran Bigi melayang-layang. Bigi sudah siap sedia untuk memberikan khabar gembira pada Palux. Kemungkinan bulan hadapan beliau akan masuk meminang, langsung menikahinya tanpa segan silu. Simpanan Bigi hampir-hampir mencukupi. Kalau nak diikutkan hati, hendak saja Bigi membuat pinjaman dari abah beliau, dan esoknya terus dinikahkan terus. Membayangkan abahnya mungkin akan me'loyar-buruk'kan beliau,disamping mak yg bakal memberikan syarahan tentang 'kebaikan berjimat-cermat', Bigi memadamkan hasrat bodohnya itu. Nak kawen pinjam duet mak bapak ke weh? Malula bawak bini jalan-jalan, tapi nikah pon pinjam duet makbapak. Maluuuu.... Bigi juga sudah berangan-angan untuk membelikan hadiah istimewa untuk Palux. Sedang berangan-angan, tiba-tiba Bigi tersentak kehadapan. Apesal?? Apesal??? Aku langgar anak orang ke?? Oh...rupa-rupanya mudguard motosikal Bigi berlaga dengan dinding rumah. Sudah sampai rupanya...hahaha

Pada malam itu, Bigi berhasrat untuk berdating lagi sekali. Manalah tahu Palux online malam ni. Walhal Bigi sedikit pun tidak menyangka bahawa berita buruk yang bakal diterima...




...bersambungla lainkali...penatla...