Monday, March 9, 2015
- cycle -
Thursday, September 18, 2014
-pilgrims-
Wednesday, July 9, 2014
-demotivating-
To cursed people
Tuesday, June 3, 2014
-decision-
Monday, April 28, 2014
Wednesday, April 23, 2014
-cocoon-
Always.
Monday, May 6, 2013
-falling rain-
Friday, February 1, 2013
-déjà vu-
Tuesday, April 24, 2012
-standback-

Friday, September 9, 2011
-carving-
Batu berlaga air."Bertindaklah sebelum hati manusia hitam dan beku.
Sebelum lebih keras dari batu.
Yang hanya Neraka mampu meleburkannya."
Monday, August 22, 2011
Wednesday, February 23, 2011
Sunday, August 29, 2010
Tuesday, August 17, 2010
-cocoon-
"Muhamad Annas Ahmad Sabaruddin - Muhammad Najib Shahrom, Je Azrar, Fiqa Amyra, Koo Muhammad, Meg D Reid, Assikeen Abu Bakar - borang utk melanjutkn pelajaran dah keluar... isilah..."
Oh, akhirnya. Dah boleh isi borang dah. Yeay....
Satu setengah jam kemudian...'Apsal pulak slow gila ni?' merungut dalam hati. Agaknya memang tengah peak gila kot. Maklumlah, berebut-rebut orang nak masuk, murah katanya. Kesianla golongan sederhana seperti kami ni...Tak pelah, petang-petang sikit boleh lagi. Lagipun ade lagi sebulan mase nak isi. Ade ape hal?
Well...sepanjang petang, pun tak boleh-boleh jugak. Akhirnya aku melepaskan geram dengan mengetap gigi sebab nak menghambur kata-kata kesat kang sia-sia ja puasa aku. Sambil berlalu menuju ke bazaar depan PKNS, aku berjalan kaki kearah pesta nafsu tersebut. Bukan nak beli, saja amek bau dan menghilangkan diri dalam kesesakan.
Malam itu seperti biasa selepas teraweh. Nak sambung movie petang tadi tak sempat abeskan. Aku hampir tak endah langsung pasal application interview ni. Terlupa terus. Dah nak tido, terbaca balik wall post Renghos..."Ape kate saje-saje test...tak dapek ni memang aku tido jelaa..." getus dalam hati. Setelah beberapa kali cubaan, patutla memula tadi tak boleh akses, rupenye kene daftar pengguna baru,hahaaa...Mukasurat demi mukasurat, aku leka mengisi borang sambil menepuk dahi sebab semua sijil aku ada kat opis daa...takpe,boleh semak tiga kali...so, dalam pada nak abes isi...timbul satu perasaan berdebar-debar, macam perasaan mula-mula aku nampak signboard uitm seri iskandar kat Gopeng time nak register part 1 dulu. Huishhhh~ apesal pulak time-time cenggini nak berdebar-debar pulak nih???
Lama jugak aku melayang jauh. Betul ke ni, aku isi borang apply Ijazah ni? Tiba-tiba kepala aku menerjah ke zaman kegagalan matriks dulu,nak apply diploma sikit punya susah dengan result SPM yang so-so... Dan sekarang, nak sambung Ijazah Sarjana Senibina (kononnya nak tukar Master, pehhh). Tak sangka dah ke tahap ni. Dan debaran makin memuncak. Betul ke aku nak sambung ni? Betul ke aku dah bersedia? Loan, mental, pengalaman, ilmu, attitude... Kacau...kacau... Takut, seram, cuak, menggelabah, debor, tak sedap badan, sume ade...
Tak sedar aku dah tekan butang 'Hantar'. Ok. Baik aku tido daripada serabut, buang karan ye tak? Seperti biasa port kegemaran dibelakang rumah sambil melihat bintang samar-samar dibungkus dek kepulan awan. Dalam pada dok menyesakkan peparu, datang ilham dari mana punca tak tahulah. Jiwa semakin telus. 'Oh, I like it!' sambil tersenyum, aku baru tersedar bahawa aku mempunyai tempat mengadu. Alhamdulillah~rasanya dah nampak langkah-langkah yang harus dimulakan. Bulan baik ini, aku berusaha meyakinkan diri. Kerana 'aku' sekarang bukan lagi 'aku' 2 tahun yang lepas! Berusahalah! Mulakan cabaran baru!
Sunday, August 1, 2010
-back-
from this
Tak perlulah mengadap pekerja kuli CariKomputer.Com Warta(sekali lagi) yang sangat cetek ilmu tentang saiz catridge plotter(dimana telah dimaki oleh En.Azmiza sebab buat lawak bodoh dengan mengatakan saiz paling kecik no.13 dengan yakin+berlagak,haha...). Jimat. Pernah sorang brader IT bagitahu,kos nak sedut data memakan belanja rm5=1Gb. Damn. Rupa-rupanya cuma perlu update firmware hard disk. Seagate memang bermasalah. Silalah beralih kepada WesternDigital.
Saturday, June 19, 2010
-belajar-
Tuesday, June 8, 2010
Sunday, May 2, 2010
-3 Jenis musibah-
Sekurang-kurangnya ada tiga jenis musibah (walaupun pada hakikatnya musibah itu sama sahaja) tetapi yang berbeza adalah disebabkan keadaan diri yang menerimanya dan bagaimana dia bertindak ketika menghadapi musibah tersebut.
1. Kafarah
Berlaku musibah ke atas orang yang baik tetapi ketika itu dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu.
Maka musibah itu diturunkan sebagai "tebusan" untuk menghapuskan dosa dan keterlanjuran itu. Ertinya, Allah membalas kesalahannya di dunia untuk melepaskannya daripada dibalas diakhirat. Musibah ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat.
Ringkasnya, kafarah adalah ujian untuk "orang baik yang terbuat jahat". Dengan ujian itu, "orang baik" tersebut akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan keterlanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat kepada Allah.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar." (Surah al-Zukhruf 43:48)
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan Kami pecahkan mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan. Antara mereka ada yang soleh dan ada yang tidak sedemikian. Dan Kami uji mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran." (Surah al-A'raf 7:168)
2. Bala
Satu bentuk ujian yang dikenakan ke atas orang jahat yang melakukan kejahatan. Allah datangkan musibah itu sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum dengan lebih berat di akhirat. Dengan kemurkaan-Nya Allah turunkan kesengsaraan di dunia lagi sebelum orang itu diazab di neraka. Orang yang begini akan diseksa dua kali, pertama di dunia, kedua di akhirat.
Ringkasnya, bala ialah bentuk ujian ke atas "orang jahat yang buat jahat". Umat Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjr, Firaun yang ditenggelamkan di Laut Merah, Namrud yang dibunuh nyamuk, Qarun yang ditelan bumi adalah antara mereka yang ditimpa bala di dunia lagi sebelum seksa di akhirat.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan azabkan mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat." (Surah al-Tawbah 9:74)
Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud: "Maka masing-masing (mereka) Kami seksa disebabkan dosanya, maka antara mereka Kami kirimkan kepada mereka hujan batu kerikil dan ada antara mereka yang ditimpa letupan suara yang menggempakan bumi, dan ada yang Kami tenggelamkan di dalam laut, dan ingatlah Allah sekali-kali tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." (Surah al-'Ankabut 29:40)
3. Ibtila'
Musibah yang dikenakan ke atas orang baik ketika dia melakukan kebaikan. Musibah ini adalah tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang taat. Dengan Ibtila', seseorang hamba itu akan mendapat pahala berganda dan ditinggikan darjatnya di sisi Allah. Dengan musibah, mereka mendapat pahala syahid, pahala sabar, pahala redha, pahala qanaah, pahala pemaaf, pahala bersangka baik dan sebagainya.Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu akan mendapat pahala sabar, syukur, redha, qanaah daripada Allah? Dengan bentuk ujian inilah ada dalam kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi (Nabi Muhammad, Nabi Nuh, Nabi Musa,Nabi Ibrahim dan Nabi Isa) - yakni mereka yang paling gigih,sabar, dan tabah ketika menanggung musibah.
Ringkasnya, Ibtila' ialah ujian ke atas "orang baik yang berbuat baik". Golongan para nabi, siddiqin, stuhada, dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji dalam bentuk ibtila' ini khususnya ketika mereka berjuang menegakkan kebenaran, supaya kita mengambil 'ibrah dan hikmah daripadanya.
Allah s.w.t. mengingatkan menerusi firman-Nya yang bermaksud:
"Apakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepada kamu (ujian) penderitaan sebagaimana yang dideritai orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan mereka diancam bahaya sehinggalah Rasul dan orang beriman bersamanya merintih: 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?'" (Surah al-Baqarah 2:214)
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah mempunyai maksud-maksud baik disebalik ujian itu. Apabila menerima musibah tidak sekalipun mereka mengeluh atau mengaduh, "Kenapa aku yang kena?" Sebaliknya mereka akan berkata, "Aku telah terpilih." Maksudnya, terpilih untuk dininggikan darjat di sisi Allah dan terpilih untuk mendapat pahala yang besar berganda.
Untuk orang yang sabar, Allah menjanjikan: "Sesungguhnya orang yang sabar itu diganjari dengan pahala tanpa hisab." (Surah al-Zumar 39:10)
Bagi yang syahid, maksud sabda Nabi s.a.w.: "Orang yang terbunuh di jalan Allah (syahid) dihapuskan segala dosa melainkan hutang." (Riwayat Muslim No.4992)
Atas dasar itulah sebahagian ulama salaf berkata: "Andaikan tidak ada musibah di dunia, tentu kita datang pada hari kiamat tanpa membawa pahala."
Orang yang derhaka yang ditimpa musibah.
Apakah ia petanda Allah tidak sayangkan mereka?
Jangan tersilap, malah dalam keadaan berdosa sekalipun, Allah datangkan ujian untuk kebaikan. Jika orang baik mendapat peningkatan darjat apabila menerima musibah, maka orang yang berdosa pula mendapat satu pengampunan dengan musibah (kafarah) yang diterimanya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih daripada itu, kecuali dengannya Allah akan menghapuskan sebahagian dosanya." (Riwayat Ahmad no.25338)
Kita harus bermuhasabah diri sendiri, ketika ditimpa musibah kita berada dalam golongan yang mana? Golongan yang diuji secara ibtila', kafarah atau bala? Paling tidak, biarlah diuji secara kafarah, yang dengannya kita akan menyegerakan taubat kepada Allah. Tagihlah janji Allah ini:
"Dan apa sahaja musibah yang menimpa ke atas kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, maka Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahamu." (Surah al-Syura 42:30)
Sumber:
"Hikmah Musibah"
Pahrol Mohamad Juoi
Ketua Editor Solusi
SOLUSI19
Sunday, April 25, 2010
-answers-
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
“…dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.“
-Surah Yusuf ayat 12
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?….
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.“
-Surah At-Taubah ayat 129
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?…..
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mumin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..
-Surah At-Taubah ayat 111
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?….
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200.
…”Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk“
-Surah Al-Baqarah ayat 45
RASA FRUST?…..
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.“
-Surah Al-Imran ayat 139
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?…..
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.“
-Surah Al-Baqarah ayat 286
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?…..
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.“
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA AKU DIUJI?……
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.“
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
(sources : www.raudhah.com)
-Semoga Allah melindungi kita semua-
Saturday, March 27, 2010
-finding-
You can't express yourself DIRECTLY, am I right?
Is it a problem?













